Terma & Syarat

Selamat datang ke Laman Web Korporat UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BHD.
Akses ke Laman Web ini adalah dibenarkan oleh UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BHD (selepas ini dirujuk sebagai “UOB”) tertakluk kepada terma dan syarat berikut.
SILA BACA TERMA DAN SYARAT INI DENGAN TELITI. DENGAN MENGAKSES LAMAN WEB INI DAN MANA-MANA HALAMAN DI SINI, ANDA BERSETUJU UNTUK DIIKAT OLEH TERMA DAN SYARAT INI.
JIKA ANDA TIDAK BERSETUJU DENGAN TERMA DAN SYARAT INI, SILA TAMATKAN AKSES ANDA KE LAMAN WEB INI DENGAN SERTA-MERTA.
Tingkah Laku Pengguna
Bila mengakses Laman Web ini dan semasa menggunakan maklumat dan bahan yang disediakan oleh UOB, anda bersetuju untuk tidak akan:-
- mendedahkan kata laluan anda kepada sesiapa jika anda adalah Pengguna Berdaftar di Laman Web ini;
- campur tangan, mengganggu, mengancam atau menganiayai orang lain;
- menyalahi atau melanggar sebarang syarat atau undang-undang Malaysia dan negara dari mana anda mengakses Laman Web ini;
- meletak atau mengedarkan sebarang maklumat atau bahan lucah, keji atau yang mengutuk perkauman; atau
- mengedar atau menghantar e-mel spam dengan mesej komersial yang tidak diminta kepada pengguna lain Laman Web ini atau kepada orang awam.
Penggunaan Maklumat dan Bahan
Maklumat pada Laman Web ini disediakan sebagai maklumat am sahaja dan tidak boleh digunakan sebagai dasar untuk membuat sebarang pelaburan khusus, perniagaan atau keputusan komersial. Anda mesti pada setiap masa brunding dengan bank untuk maklumat dan data yang terkandung di sini sebelum membuat sebarang keputusan berdasarkan pada mana-mana maklumat atau data sedemikian.
Para pelabur mesti mengambil perhatian bahawa beberapa perkhidmatan pelaburan yang disediakan adalah berkait dengan pelaburan di mana harga atau nilainya mungkin meningkat atau menurun dan mereka mungkin tidak akan mendapat amaun asal yang dilaburkan pada permulaan. Perubahan dalam kadar pertukaran mungkin mempunyai kesan buruk pada nilai, harga atau pendapatan sebuah pelaburan sebagai tambahan kepada faktor-faktor lain, sebagai contoh, jika pelaburan dinamai mengikut mata wang asing. Prestasi lampau pelaburan atau pengurusan pelaburan tidak semestinya sebuah petunjuk kepada prestasi masa hadapan.
Pautan
Pautan dari atau ke laman web di luar Laman Web ini adalah untuk kemudahan sahaja. Laman web yang dipautkan tersebut adalah dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga dan oleh itu bukan di bawah kawalan UOB. UOB tidak bertanggungjawab dan tidak membuat jaminan berkaitan dengan kandungan laman web tersebut, pihak ketiga yang dinamakan di sana atau produk dan perkhidmatan mereka. Pautan yang disediakan dalam Laman Web ini tidak akan dianggap sebagai pengendorsan atau pengesahan atau kelulusan untuk laman web yang dipautkan atau kandungan di dalamnya. Akses ke mana-mana laman web yang dipautkan adalah pada risiko anda sendiri dan UOB tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan untuk sebarang kerugian berhubungan dengan pautan sedemikian. Anda dinasihatkan untuk membaca penyataan polisi privasi (jika ada) mana-mana laman web yang dipautkan dengan Laman Web ini.
Hak Cipta
Hak cipta dalam Laman Web ini dan kandungannya, termasuk tetapi tidak terhad kepada teks, imej, grafik, fail suara, fail animasi, fail video dan susunannya adalah hak milik UOB dan adalah dilindungi oleh undang-undang Malaysia dan antarabangsa yang diguna pakai. Tiada bahagian atau bahagian-bahagian Laman Web ini boleh dipinda, disalin, diedarkan, dihantarkan semula, dibalikkan, disiarkan, dipaparkan, dilaksanakan, dihasilkan semula, dicetak, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan secara komersial dalam apa-apa cara atau dengan apa-apa tujuan atau disimpan dalam sebuah sistem dapatan semula maklumat tanpa kebenaran bertulis terdahulu daripada UOB.
Anda juga tidak boleh, tanpa kebenaran bertulis terdahulu daripada UOB, memasukkan pautan sebarang laman web lain pada Laman Web ini atau “cerminkan” sebarang bahan yang terkandung dalam Laman Web ini ke mana-mana pelayan lain.
Sebarang penghasilan semula, penyiaran semula atau penyalinan lain atau pindaan yang tidak dibenarkan pada kandungan Laman Web ini boleh melanggari hak undang-undang statutori atau awam yang boleh dikenakan tindakan guaman.
Semua tanda perdagangan atau tanda perkhidmatan yang terpapar dalam Laman Web ini adalah hak milik UOB dan, di mana berkaitan, ahli niaga pihak ketiga yang dikenal pasti dalam Laman Web ini. Tiada hak atau lesen yang telah diluluskan terlebih dahulu oleh UOB secara bertulis diberi kepada mana-mana pihak yang mengakses Laman Web ini untuk muat turun, menghasilkan semula atau mengguna sebarang tanda perniagaan atau tanda perkhidmatan tersebut.
Pengiklan
Maklumat yang diberi dalam Laman Web ini mungkin termasuk urus janji dan promosi eksklusif yang ditawarkan oleh pelbagai pengiklan. Sebarang surat-menyurat dan urusan perniagaan dengan atau penyertaan dalam promosi sebarang pembayaran dan penghantaran barangan atau perkhidmatan, serta terma dan syarat berhubung dengan urus janji dan promosi tersebut adalah semata-matanya di antara pengguna dan pengiklan. UOB tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kerugian atau ganti rugi yang berlaku akibat daripada sebarang hubungkait antara pengguna dan pengiklan.
Penafian
UOB selanjutnya menafikan semua liabiliti yang mungkin timbul daripada sebarang penghasilan semula yang tidak dibenarkan atau penggunaan kandungan Laman Web dan tidak menjamin atau mewakili akses tersebut kepada keseluruhan atau bahagian Laman Web ini, bahan, maklumat, bahawa tiada virus atau bahan lain yang mencemarkan atau merosakkan akan dihantar atau tiada kerosakan akan berlaku pada sistem komputer anda.
Bahan, maklumat dan fungsi yang disediakan dalam Laman Web ini, tidak akan di bawah sebarang keadaan, dianggap atau diertikan sebagai suatu tawaran atau rayuan untuk menjual, membeli, memberi, mengambil, mengeluarkan, memperuntukkan atau memindah, atau sebagai memberi sebarang nasihat berhubung dengan saham, stok, bon, nota, faedah, amanah saham, dana amanah atau sekuriti, pelaburan, pinjaman, pendahuluan, kredit atau deposit lain di dalam sebarang bidang kuasa.
Anda adalah bertanggungjawab untuk menilai kualiti, kecukupan dan kebergunaan semua perkhidmatan, kandungan, nasihat, pendapat dan maklumat lain yang didapati atau diakses melalui Laman Web; selanjutnya anda patut mendapatkan nasihat profesional pada setiap masa dan mendapat pengesahan bebas terhadap bahan dan maklumat yang tersedia di sini sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan, perniagaan atau komersial berdasarkan pada sebarang bahan atau maklumat tersebut.
Pengecualian Liabiliti
UOB tidak bertanggungjawab dalam apa-apa cara sekali pun untuk sebarang kerugian atau ganti rugi bagaimanapun yang timbul sama ada daripada kontrak, tort, kecuaian, liabiliti atau pada mana-mana asas lain, termasuk tanpa had, butiran sampingan penting langsung atau tidak langsung atau ganti rugi punitif atau kerugian keuntungan atau simpanan yang timbul daripada atau berhubung dengan akses anda atau penggunaan atau ketidakbolehan untuk mengakses atau mengguna Laman Web ini, kebergantungan pada maklumat terkandung dalam Laman Web ini, kegagalan teknikal atau sebarang perkakasan atau perisian, gangguan, kesilapan, peninggalan, penangguhan operasi, virus komputer atau sebaliknya. Klausa pengecualian ini akan berkuat kuasa sepenuhnya seperti yang dibenarkan oleh undang-undang.
Penyerahan
Semua maklumat yang diserahkan kepada UOB melalui Laman Web ini akan dianggap dan adalah kekal sebagai hak milik UOB dan UOB bebas untuk menggunakan, bagi sebarang tujuan, sebarang idea, konsep, pengetahuan atau teknik yang terkandung dalam maklumat pelawat ke Laman Web yang disediakan kepada UOB melalui laman ini. UOB tidak akan tertakluk kepada sebarang tanggungjawab kerahsiaan mengenai maklumat yang diserahkan kecuali seperti yang dipersetujui oleh UOB untuk sebarang perhubungan pelanggan langsung atau seperti yang dipersetujui sebaliknya secara khusus atau diwajibkan oleh undang-undang.
Perubahan pada Terma dan Syarat
Maklumat dan bahan yang termasuk dalam terma dan syarat terkandung di dalam Laman Web ini adalah tertakluk kepada perubahan.
Indemniti
Dengan mengakses Laman Web ini anda dengan ini bersetuju untuk melindungi dan kekal melindungi UOB sepenuhnya terhadap sebarang tindakan, tuntutan, permintaan, perbelanjaan (termasuk fi guaman pada dasar perlindungan penuh) yang dialami atau ditanggung oleh UOB yang timbul daripada:-
- penggunaan atau penyalahgunaan oleh anda terhadap maklumat, bahan dalam Laman Web ini dan laman web lain yang dipautkan kepada Laman Web ini dan perkhidmatan yang disediakan di sini;
- perlanggaran atau ketidakpatuhan terma dan syarat Laman Web ini oleh anda; dan
- perlanggaran hak mana-mana pihak ketiga sempena penggunaan atau akses anda pada Laman Web ini.
Penamatan
UOB berhak untuk menamatkan Laman Web ini pada bila-bila masa, untuk sebarang sebab.
Lain-lain Perkara
Kegagalan UOB untuk melaksanakan atau menguatkuasakan sebarang hak atau peruntukan terma dan syarat ini tidak merupakan suatu pengecualian hak atau peruntukan tersebut.
Jika mana-mana bahagian terma dan syarat ditentukan sebagai tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan menurut sebarang undang-undang yang diguna pakai, peruntukan yang tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan akan dianggap telah digantikan oleh suatu peruntukan yang sah dan boleh dikuatkuasakan yang paling sesuai dengan tujuan peruntukan asal dan baki peruntukan lain terma dan syarat akan terus dikuatkuasakan sepenuhnya.
Sebarang hak yang tidak dinyatakan di sini adalah terhad.
Undang-undang dan Bidang Kuasa
Terma dan syarat ini adalah ditadbir oleh dan adalah ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia. Dengan mengakses Laman Web ini dan/atau menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh UOB di sini, anda dengan ini menyerahkan kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia dalam semua pertikaian yang timbul dari atau berkaitan dengan penggunaan Laman Web ini.