PERINGATAN KESELAMATAN UOB

Ancaman Terkini di AtasTalian

Peringatan Keselamatan

Penipuan Penyamaran

INDIVIDU YANG MENYAMAR SEBAGAI PEGAWAI DAN AHLI PENGURUSAN KANAN UOB MALAYSIA

Berhati-hati dengan individu yang menyamar sebagai pegawai UOB Malaysia yang menghubungi anda bagi tujuan untuk mengumpul dana, atau menawarkan peluang pelaburan dengan pulangan yang malampaui batas melalui panggilan telefon, SMS atau platform media sosial.

Show moreShow less
Penipuan TAC

Penipuan TAC

Penipu biasanya akan memanggil mangsa dan mengatakan bahawa mereka mendaftarkan nombor mudah alih yang salah dan bahawa Kod Pengesahan Transaksi (Transaction Authorisation Code, TAC), yang juga dikenali sebagai Kata Laluan Sekali Guna (One Time Password, OTP) telah dihantar kepada mangsa secara tidak sengaja.

Show moreShow less
E-mel Palsu

Penipuan Memancing Data (Phishing) atau E-mel Palsu

Penipu menyamar sebagai wakil bank dan menghantar anda 'e-mel penting', yang memujuk anda untuk membuka pautan yang dilampirkan.

Show moreShow less

Sentiasa berwaspada dan abaikan percubaan penipuan seperti ini. Kami memberi jaminan kepada anda bahawa tiada pihak pengurusan kanan dan pekerja UOB Malaysia akan sekali-kali meminta anda untuk mendedahkan butiran akaun atau nombor pengenalan peribadi (PIN) anda melalui panggilan telefon, SMS, platform media sosial atau e-mel.

 

Langkah berjaga-jaga untuk melindungi diri anda daripada penipuan seperti ini

 

  • Sentiasa minta penghantar atau pemanggil untuk mengenal pasti diri mereka (contohnya, meminta nama mereka, nombor pengenalan pekerja) dan hubungi Pusat Panggilan UOB untuk pengesahan. Jika anda menerima panggilan yang meminta maklumat perbankan anda, anda harus menghentikan panggilan dan menghubungi UOB Malaysia atau pihak berkuasa dengan segera

  • Abaikan panggilan terlepas yang tidak diminta atau pesanan SMS daripada nombor tidak dikenali, Telegram, WhatsApp, Facebook dan platform media sosial yang lain

  • Jangan panggil nombor telefon, klik pada pautan URL, atau imbas kod QR dalam e-mel, SMS atau mesej yang tidak diminta melalui aplikasi pesanan lain;

  • Jangan sekali-kali mendedahkan butiran peribadi atau perbankan internet anda kepada sesiapa;

  • Laporkan kepada Bank atau pihak berkuasa yang berkaitan dengan serta-merta tentang sebarang mesej dan/atau panggilan yang mencurigakan yang diterima di mana pengirim/pemanggil mengganggu atau menekan anda untuk membuat transaksi, atau pelaburan

  • Jika anda tidak pasti dengan mesej dan/atau panggilan yang anda terima, atau telah mendedahkan maklumat peribadi atau maklumat perbankan anda secara tidak sengaja, sila maklumkan Pusat Panggilan 24 Jam kami di 03-26128 100 dengan kadar yang segera. Anda juga boleh mencari nombor Pusat Panggilan kami di belakang Kad UOB anda atau dalam penyata bulanan anda

Kod Pengesahan Transaksi (Transaction Authorisation Code, TAC), yang juga dikenali sebagai Kata Laluan Sekali Guna (One Time Password, OTP) merupakan ciri keselamatan perbankan atas talian/mudah alih untuk melindungi akaun anda daripada pengunaan tidak sah. TAC akan dihantar melalui SMS kepada telefon bimbit berdaftar anda untuk mengesahkan anda adalah orang yang sah melakukan transaksi.


Penipu akan mula cuba mendapatkan nama pengguna, kata laluan dan butiran hubungan perbankan atas talian pemegang akaun.


Setelah mereka memperoleh maklumat di atas, mereka masih memerlukan TAC yang dijanakan dari telefon bimbit pemegang akaun untuk melakukan pemindahan di atastalian.


Untuk mendapatkan TAC, penipu akan menghubungi pemegang akaun sebenar dan menipunya untuk mendedahkan TAC melalui panggilan telefon di mana mereka meyakinkan pemegang akaun bahawa mereka telah salah daftar nombor telefon bimbit pemegang akaun sebagai nombor telefon mereka.


Pemegang akaun yang tidak mengesyaki sesuatu akan mendedahkan TAC kepada penipu, yang kemudian akan menggunakan TAC untuk mula memindahkan wang dari akaun.

 

Panduan untuk melindungi diri anda

  • Jangan sekali-kali mendedahkan butiran perbankan dalam talian peribadi anda seperti nama pengguna, kata laluan atau maklumat akaun bank termasuk TAC anda kepada sesiapa pun, termasuk pihak yang mendakwa dirinya sebagai pegawai institusi kewangan, Bank Negara Malaysia ataupun pihak berkuasa.

  • Daftar dengan UOB Access dan gunakan telefon pintar anda sebagai token keselamatan digital untuk menikmati pengesahan yang senang, selamat dan mudah bagi Perbankan Internet Peribadi serta transaksi UOB TMRW tanpa memerlukan SMS-OTP. Mulai 30 Jun 2023, semua transaksi perbankan dalam talian yang dilakukan melalui Personal Internet Banking dan UOB TMRW mesti disahkan dengan UOB Access.

  • Maklumkan pihak bank. Jika anda tidak pasti panggilan yang anda telah terima, atau secara tidak sengaja mendedahkan maklumat peribadi atau bank anda, sila maklumkan Pusat Panggilan 24 Jam kami di 03-26128 121 dengan serta-merta. Anda juga boleh mendapatkan nombor Pusat Panggilan kami di belakang Kad UOB anda atau dalam penyata bulanan anda.

 

Mangsa yang berpotensi akan menerima e-mel pancingan data yang mendakwa ia berasal dari UOB, memaklumkan beliau bahawa seseorang telah log masuk ke dalam akaun mereka.

Bagaimana e-mel pancingan data mungkin berfungsi

  • Mangsa yang berpotensi akan diminta untuk mengklik pautan atau butang seperti "Hentikan Permintaan Sekarang"
  • Ini akan membawa mereka ke laman web palsu untuk mendedahkan maklumat sulit (contohnya, ID pengguna, kata laluan, Kata Laluan Sekali Guna, dan lain-lain).
  • Apabila maklumat sulit sedemikian didedahkan, penipu akan menggunakan maklumat tersebut untuk memindahkan wang dari akaun bank mangsa.

Para mangsa juga akan menerima pemberitahuan khidmat pesanan ringkas (Short Message Service, SMS) yang memberitahu mereka mengenai pemindahan dana yang berjaya kepada penerima pembayaran yang tidak dikenali.

Berikut ialah contoh-contoh e-mel pancingan data.

 

FRAUDULENT EMAIL No. 1

 

FRAUDULENT EMAIL No. 2

 

FRAUDULENT EMAIL No. 3

 

 

Panduan untuk melindungi diri anda daripada penipuan e-mel pancingan data tersebut

Browsers Security

 

  • Jangan klik pautan atau butang dalam e-mel tersebut
    Dengan menuding penunjuk tetikus anda ke pautan atau butang, anda dapat melihat alamat internet hiperpautan sebenar, yang biasanya merupakan alamat internet laman web palsu. (Di mana e-mel dibaca pada telefon bimbit, tekan terus pada pautan untuk seketika bagi mendedahkan alamat internet sebenar).

  • Selalu taip URL laman web pada bar alamat.

  • Selalu mengesahkan Ketulenan halaman log masuk dengan mengklik kunci atau kekunci untuk memastikan sijil web dikeluarkan kepada www.uobgroup.com atau pib.uob.com.my.

  • Jangan muat turun atau buka sebarang lampiran dalam e-mel yang mencurigakan.

  • Jangan beri maklumat sulit anda melalui e-mel atau telefon
    Sila ambil perhatian bahawa Bank tidak akan meminta maklumat sulit anda (seperti ID pengguna, kata laluan, Kata Laluan Sekali Guna, dan lain-lain) melalui e-mel atau telefon.

  • Jangan masukkan kata laluan anda jika anda tidak melihat Perkataan Rahsia anda apabila anda cuba log masuk.

  • Tukar kata laluan dan laporkan dengan segera
    Jika anda telah memberikan maklumat sedemikian secara tidak sengaja, segera log masuk ke akaun perbankan Internet anda untuk menukar kata laluan anda. Sekiranya anda mengesyaki bahawa akaun anda telah dikompromikan, sila maklum Pusat Panggilan 24 Jam kami di 03-26128 121. Anda juga boleh mendapatkan nombor Pusat Panggilan kami di belakang Kad UOB anda atau dalam penyata bulanan anda.

 

 

Penipuan Telefon

Penipuan Telefon

Penipu menyamar sebagai pihak berkuasa bank atau seseorang yang boleh dipercayai dan meminta anda memindahkan dana ke akaun pihak ketiga yang tidak diketahui.

Show moreShow less
Penipuan SMS

Penipuan SMS

Mangsa akan menerima mesej SMS mengenai kadar faedah rendah yang ditawarkan oleh bank untuk pinjaman peribadi atau "tawaran" lain yang sama. Mesej-mesej SMS ini mengandungi butiran hubungan telefon bagi individu-individu yang berminat untuk memanggil.

Show moreShow less
Penipuan Permainan Wang

Penipuan Permainan Wang

Berhati-hati dengan skim yang menjanjikan pulangan yang tidak realistik dan luar biasa.

Show moreShow less

Dia "memberi amaran" kepada anda tentang "kehilangan wang" atau akaun perbankan anda telah dikompromikan oleh penipuan yang mungkin telah berlaku. Untuk membetulkan kerugian anda atau untuk mencegah "penipuan", dia akan mengarahkan anda melakukan transaksi perbankan ke akaun pihak ketiga.


Terdapat juga laporan penipuan telefon di mana individu telah menerima panggilan suara automatik yang meminta mereka memasuki nombor pada telefon mereka yang kemudiannya akan menyambungnya kepada "operator telefon" atau "pekerja bank".


Dari situ, "operator telefon" atau "pekerja bank" mungkin meminta maklumat peribadi, dan kemudian memindahkan panggilan mereka kepada orang lain yang mendakwa mereka ialah seorang "pegawai polis". Individu kemudian akan diarahkan untuk menyerahkan maklumat sulit seperti nombor akaun bank, nama pengguna perbankan internet, kata laluan dan Kata Laluan Sekali Guna (OTPs) di laman web.

Menggunakan maklumat yang diperoleh, penipu kemudian akan memindahkan dana ke akaun pihak ketiga yang tidak dikenali.

 

Panduan untuk melindungi diri daripada penipuan telefon sedemikian

  • Minta pemanggil untuk mengenal pasti anda secara peribadi dan pilih untuk memanggil balik Pusat Panggilan UOB kami.

  • Abaikan panggilan yang tidak dijawab atau mesej teks dari nombor yang tidak diketahui.

  • Jangan berikan maklumat peribadi melalui telefon, melainkan jika anda membuat panggilan itu sendiri.

  • Maklumkan bank. Jika anda tidak pasti panggilan yang anda telah terima, atau secara tidak sengaja mendedahkan maklumat peribadi atau bank anda, sila maklumkan Pusat Panggilan 24 Jam kami di 03-26128 121 dengan serta-merta. Anda juga boleh mendapatkan nombor Pusat Panggilan kami di belakang Kad UOB anda atau dalam penyata bulanan anda.

 

Penipu akan secara rawak menghantar mesej SMS kepada orang awam untuk menawarkan kadar faedah yang rendah dari bank untuk pinjaman peribadi atau "tawaran" lain yang sama. Mesej-mesej SMS ini mengandungi butiran hubungan telefon bagi individu-individu yang berminat untuk memanggil.


Jika individu memanggil nombor itu, penipu akan cuba mendapatkan beliau untuk mendedahkan maklumat sulit seperti nombor akaun bank, nama pengguna perbankan internet, kata laluan dan Kata Laluan Sekali Guna (OTP), yang kemudiannya akan digunakan untuk memulakan pemindahan dana daripada akaun bank individu tersebut

Sesetengah penipu juga akan meminta pelanggan untuk memindahkan "yuran pemprosesan" minimum kepada akaun pihak ketiga yang tidak diketahui.

 

Kami menasihati pelanggan untuk melakukan perkara berikut apabila mereka menerima mesej SMS sedemikian

  • Berwaspada. Jangan berikan sebarang maklumat peribadi, maklumat akaun bank (termasuk ID pengguna, kata laluan dan OTP) dan butiran kad kredit di laman web atau kepada pemanggil.

  • Kekal selamat. Jangan memindahkan wang kepada mana-mana pihak yang tidak diketahui.

  • Maklumkan bank. Sekiranya anda tidak pasti tentang SMS yang diterima oleh anda, atau secara tidak sengaja mendedahkan maklumat peribadi atau bank anda, sila maklumkan Pusat Panggilan 24 Jam kami di 03-26128 121 dengan serta-merta. Anda juga boleh mendapatkan nombor Pusat Panggilan kami di belakang Kad UOB anda atau dalam penyata bulanan anda.

 

Berhati-hati dengan skim yang menjanjikan pulangan yang tidak realistik dan luar biasa. Ingat, jika hasilnya terlalu baik untuk dipercayai, ia mungkin adalah tidak benar.

 

 

 

 

Untuk maklumat lanjut, kunjungi di sini.

 

Dyreza

Amaran Keselamatan: Perisian perosak "Dyreza"

Dyreza, satu perisian hasad, yang baru-baru ini merebak, boleh menjejaskan kesahan laman web perbankan.

Show moreShow less
HeartBleed

Amaran Keselamatan: Pepijat OpenSSL (HeartBleed)

Baru-baru ini suatu pepijat telah ditemui di OpenSSL, sebuah perisian yang melindungi data sensitif secara di atas talian.

Show moreShow less
Perisian Perosak

Perisian Intip/Perisian Perosak

Perisian intip sering muncul di laman web dengan muzik, filem, atau permainan percuma untuk dimuat turun. Perisian hasad menyamar sebagai lampiran e-mel seperti dokumen atau fail foto.

Show moreShow less

Perisian hasad ini tersebar melalui e-mel pancingan data yang mempunyai lampiran berbahaya. Apabila lampiran berbahaya tersebut dibuka, perisian hasad menjejaskan komputer atau peranti pelanggan.

Apabila komputer atau peranti pelanggan dijangkiti, perisian hasad tersebut akan cuba mencuri maklumat log masuk pelanggan dan kebenaran (seperti ID Pengguna, Kata Laluan, Kata Laluan Sekali Guna) dengan mengubah aliran log masuk ke laman web UOB.

Selepas halaman log masuk pertama, ia akan menunjukkan mesej "Kami sedang memproses maklumat anda, tunggu ...." yang tidak wujud di laman web UOB yang sah.

Simptom yang menunjukkan komputer anda mungkin dijangkiti dengan Perisian Hasad

  • Meminta anda untuk memasukkan maklumat log masuk anda beberapa kali walaupun maklumat yang anda berikan adalah betul.

  • Tiba-tiba komputer anda menjadi lembab dan/atau meminta anda menunggu dengan lama sementara sistem diproses.

  • Prosedur log masuk/kebenaran luar biasa dan/atau mengarah semula ke laman web yang tidak dikenali.

 

Bagaimanakah saya boleh dilindungi daripada Perisian Hasad?

  • Sentiasa melindungi komputer anda dengan menggunakan perisian antivirus/anti perisian hasad dan kekal mengemaskinikannya dengan antivirus terkini. Imbas komputer anda dengan kerap.

  • Jangan muat turun atau buka lampiran dalam e-mel yang mencurigakan.

  • Jangan balas e-mel yang tidak diminta.

  • Elakkan daripada mengakses laman web yang tidak diketahui dan tidak selamat.

  • Jika anda mengesyaki bahawa komputer anda telah dijangkiti oleh perisian hasad, sila imbas komputer anda dengan perisian antivirus/anti perisian hasad terkini dan jangan gunakan laman web perbankan sehingga komputer anda dibersihkan.

  • Semak sejarah log masuk dan transaksi terakhir anda dengan kerap untuk sebarang urus niaga yang tidak normal.
UOB ingin memberi jaminan bahawa sistem perbankan internet kami adalah selamat. Sila hubungi Pusat Panggilan 24 jam kami di 03-26128 121 dengan serta-merta, jika anda mendapati transaksi yang tidak diketahui muncul di akaun anda.

 

Sila yakin bahawa sistem Internet dan Perbankan Mudah Alih UOB tidak terjejas oleh pepijat OpenSSL.

UOB ingin menggunakan peluang ini untuk menggalakkan pelanggan kami mengamalkan amalan terbaik berikut bagi melindungi kata laluan mereka supaya mereka mendapat pengalaman perbankan dalam talian yang selamat dan terjamin. Pelanggan harus:

  • Gunakan nama pengguna dan kata laluan yang berbeza untuk akaun perbankan dalam talian anda daripada akaun bukan perbankan yang lain.

  • Pilih kata laluan yang mempunyai sekurang-kurangnya lapan aksara yang panjang, mengandungi aksara alfanumerik dan tidak mengulangi sebarang aksara.

  • Tukar kata laluan anda dengan kerap, sekurang-kurangnya sekali setiap tiga bulan.

  • Tukar kata laluan anda dengan kerap, sekurang-kurangnya sekali setiap tiga bulan.

  • Nyah aktifkan fungsi "Auto Lengkap" pada penyemak imbas untuk mengelakkan kecurian maklumat.

Jika anda menghadapi sebarang aktiviti yang mencurigakan berhubung dengan akaun anda, sila hubungi Pusat Panggilan 24 Jam kami di 03-26128 121 dengan serta-merta. Anda juga boleh mendapatkan nombor Pusat Panggilan kami di belakang Kad UOB anda atau dalam penyata bulanan anda.

 

Perisian intip sering muncul di laman web dengan muzik, filem, atau permainan percuma untuk dimuat turun. Perisian hasad (seperti Kuda Trojan) menyamar sebagai lampiran e-mel seperti dokumen atau fail foto. Ia kemudian akan mendapat akses kepada maklumat peribadi anda. Perisian hasad peranti mudah alih juga semakin meningkat, mencuri maklumat seperti SMS OTP untuk menyelesaikan transaksi perbankan menerusi Perbankan Internet atau Kad Kredit.

Anda tahu bahawa anda mempunyai perisian intip pada komputer/peranti mudah alih anda jika:

  • Anda melihat iklan timbul walaupun anda tidak disambungkan ke Internet.

  • Halaman web yang mula-mula dibuka oleh pelayar anda (halaman utama anda); atau tetapan carian pelayar anda telah diubah tanpa pengetahuan anda.

  • Anda mendapati bahawa terdapat bar alat baharu yang anda tidak inginkan di pelayar anda, dan adalah amat sukar untuk menyingkirkannya.

  • Peranti anda mengambil masa lebih lama daripada biasa untuk menyelesaikan tugas tertentu.

  • Anda mengalami peningkatan mendadak dalam kerosakan sistem.


Untuk maklumat terkini tentang perisian pengintip, perisian hasad dan ancaman keselamatan, sila kunjungi MyCert (Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Malaysia).

 

Panduan untuk melindungi diri anda daripada penipuan telefon sedemikian

  • Kemas kini sistem komputer anda kerap dengan menggunakan perisian antivirus terkini.

  • Ketahui sumber Internet anda. Berhati-hati dengan permintaan muat turun dari Internet.

  • Kekalkan ID dan kata laluan yang berasingan untuk pelbagai akaun dalam talian dan tukar kata laluan anda dengan kerap.

Untuk temudah alih:

  • Sahkan kebenaran dan pengarang atau penerbit aplikasi sebelum memasangnya.

  • Jangan klik pada perisian beriklan atau URL yang mencurigakan yang dihantar melalui perkhidmatan SMS/pesanan. Perisian hasad mungkin disertakan untuk mengumpul maklumat pengguna.

  • Alamat di tapak mudah alih mungkin kelihatan berbeza dari penyemak imbas komputer meja, pastikan ia disahkan terlebih dahulu.

  • Sentiasa melaksanakan antivirus yang bereputasi di peranti mudah alih anda, dan pastikan ia dikemas kini dengan kerap.

  • Jangan gunakan rangkaian Wi-Fi awam untuk transaksi bank dan matikan sambungan Bluetooth apabila tidak menggunakannya.

  • Kemas kini sistem dan aplikasi pengendalian pada peranti mudah alih, termasuk pelayan, untuk mengelakkan sebarang eksploitasi kebocoran keselamatan yang berbahaya dalam versi yang lapuk.

  • Jangan 'root' atau pecah sekat (Jailbreak) telefon anda; elakkan muatan sampingan (memasang dari sumber bukan rasmi) apabila anda berupaya untuk berbuat demikian.

 

Tips Keselamatan

Tips Keselamatan Melakukan Transaksi Kewangan Secara Dalam Talian

Sentiasa mengambil langkah-langkah keselamatan semasa melakukan transaksi kewangan secara dalam talian terutamanya untuk urusan perbankan.

Show moreShow less
Keldai Akaun

Keldai Akaun

Jika tidak berhati-hati, anda mungkin akan menjadi mangsa penipuan sindiket keldai akaun tanpa disedari.

Show moreShow less
Love Scam

Penipuan “Love Scam”

Penipu menggunakan kata-kata romantis dan janji palsu untuk memperdaya dan menjerat mangsa.

Show moreShow less


Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini.

"Love Scam" adalah sejenis penipuan yang berpotensi dilakukan melalui media sosial di mana penipu menggunakan kata-kata romantis dan janji palsu untuk memperdaya dan menjerat mangsa.

 

Cara untuk mengesan penipuan cinta adalah:

  • Mereka tinggal di negara lain atau jauh dari anda.
  • Profil mereka kelihatan menarik untuk menjadi kenyataan.
  • Mereka akan menghadapi masalah dan datang kepada anda untuk bantuan dari segi kewangan untuk mengatasi masalah mereka.
  • Mereka akan mengelak bertemu anda secara peribadi.
  • Mereka kerap menggunakan cakap-cakap manis dan janji palsu untuk mendapatkan kepercayaan anda bahawa mereka mengambil berat dan kemudian menuntut wang sebagai bukti cinta anda.
  • Mereka sering menipu mangsa untuk membayar pembebasan pakej hadiah mewah yang tidak pernah wujud yang akan 'ditahan' oleh kastam.


Sekiranya mana-mana orang awam mendapati mereka telah menjadi mangsa penipuan sedemikian, sila hubungi balai polis berhampiran dan buat laporan polis dengan segera:

PDRM

• https://semakmule.rmp.gov.my

• CCID Infoline: 013-211 1222 (WhatsApp)

• CCID Scam Response Centre: 03-2610 1559 / 1599

• Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Polis Diraja Malaysia

 

Penipuan e-dagang

Penipuan e-dagang

Seiring dengan perkembangan populariti e-dagang, kes penipuan membeli-belah dalam talian juga ikut meningkat.

Show moreShow less
Amaran Ancaman Penipuan ‘SMSSpy’

Amaran Ancaman Penipuan ‘SMSSpy’

Malaysia Computer Emergency Response Team (MyCERT) telah mengeluarkan nasihat keselamatan mengenai kempen penipuan SMSSpy terkini di mana penjenayah siber mengeksploitasi aplikasi android yang mengandungi perisian berbahaya yang menyasarkan pengguna internet di Malaysia untuk mencuri maklumat perbankan dalam talian pengguna tersebut.

Show moreShow less

Beberapa contoh penipuan membeli-belah dalam talian ialah:

  • Gagal menghantar barang selepas pembayaran diterima.
  • Bayaran untuk produk tulen tetapi produk tiruan diterima.
  • Pancingan data melalui laman sesawang dan iklan timbul dalam media sosial dan platform pemesejan segera.


Berwaspada jika

  • Harga barang yang ditawarkan terlalu menarik untuk dijadikan kenyataan.
  • Harga tawaran hanya diberi dalam masa terhad.
  • Penjual meminta pembayaran segera atau pemindahan dana segera.


Jadi, apakah langkah berjaga-jaga yang boleh anda ambil untuk mengelak daripada menjadi mangsa penipuan?

  • Hanya menggunakan sumber/platform dalam talian yang bereputasi dan selamat.
  • Membuat pembayaran melalui platform beli-belah dalam talian yang bereputasi.
  • Jangan terpedaya dengan tawaran harga rendah atau harga yang kelihatan terlalu menarik untuk menjadi kenyataan.
  • Sebelum membuat transaksi, baca testimoni dan ulasan pada profil penjual.
  • Gunakan CCID PDRM "Portal Semakmule" (https://ccid.mp.gov.my/semakmule/) untuk mencari nombor akaun bank penjual.


Sekiranya anda mengalami aktiviti dalam talian yang mencurigakan, sila hubungi balai polis berhampiran dan buat laporan polis dengan segera:

PDRM

• https://semakmule.rmp.gov.my

• CCID Infoline: 013-211 1222 (WhatsApp)

• CCID Scam Response Centre: 03-2610 1559 / 1599

• Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Polis Diraja Malaysia

 

Dalam kempen yang pertama, penjenayah siber menyamar sebagai Agensi Penguatkuasaan Undang-undang dan pegawai penguatkuasa untuk memaklumkan mangsa bahawa mereka mempunyai tunggakan untuk syarikat mereka atau mempunyai kesalahan jenayah dan perlu membekukan akaun bank mereka. Mangsa kemudian diarahkan untuk membayar sejumlah wang untuk menyahbekukan akaun dan memuat turun aplikasi android yang mempunyai perisian yang berbahaya untuk menyelesaikan proses pembayaran.

 

Dalam kempen yang kedua, penjenayah siber cuba untuk mencuri maklumat kewangan peribadi secara menggunakan laman web palsu yang menyamar sebagai perkhidmatan yang sah seperti kedai haiwan peliharaan atau perkhidmatan pembersihan. Mangsa akan diminta untuk memuat turun perisian android yang mempunyai perisian yang berbahaya daripada laman web yang palsu untuk melengkapkan transaksi.

 

Untuk mengelak daripada menjadi mangsa penipuan tersebut, pengguna telefon pintar/peranti mudah alih dinasihatkan untuk:

  • Mengesahkan permisi aplikasi untuk mengakses peranti anda, penulis atau penerbit aplikasi tersebut sebelum memuat turun
  • Elakkan daripada memuatkan turun aplikasi daripada sumber yang tidak rasmi selagi boleh. Jika anda perlu untuk memuat turun perisian Android daripada sumber selain daripada sumber yang dipercayai, pastikan sumber tersebut adalah daripada sumber yang mempunyai reputasi
  • Jangan klik pada perisian iklan atau URL yang mencurigakan yang dihantar melalui perkhidmatan SMS kerana program peranti boleh dilampirkan bersama dalam kandungan SMS tersebut dan digunakan untuk mengumpul maklumat pengguna
  • Pastikan peranti anda mempunyai anti-virus yang bereputasi baik, jalankan program anti-virus pada telefon pintar/peranti mudah alih anda dan pastikan ianya sentiasa dikemas kini
  • Kemas kini sistem pengendalian dan aplikasi pada telefon pintar/tablet, termasuk pelayar web, untuk mengelakkan sebarang eksploitasi peranti yang berbahaya yang terdapat dalam versi yang lama
  • Jangan ‘root’ atau ‘jailbreak’ telefon anda

 

Untuk maklumat lanjut tentang ancaman ini, sila layari laman web MyCERT.

Kad Kredit & Penipuan Pinjaman Peribadi

Penipuan Macau

Penipuan Macau

Scammer menipu mangsa supaya mereka mendedahkan maklumat peribadi & perbankan mereka.

Show moreShow less
Penipuan Pinjaman Peribadi

Penipuan Pinjaman Peribadi

Penipu menyamar sebagai ejen UOB untuk menggalak pelanggan memohon Pinjaman Peribadi

Show moreShow less
Penipuan e-wallet

Penipuan E-Wallet

Scammer akan menyamar sebagai anggota E-wallet untuk menipu mangsa.

Show moreShow less

Scammer akan menyamar sebagai ahli organisasi yang sah & akan menghubungi mangsa melalui panggilan telefon, mesej atau e-mel. Organisasi yang sering digunakan oleh mereka termasuk (tetapi tidak terhad) agensi kerajaan, penguatkuasa undang-undang & syarikat swasta seperti di bawah;

  • Polis
  • Pegawai mahkamah
  • Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
  • Penyedia Telco
  • POS Laju
  • Bank (termasuk Bank Negara)
  • Kastam
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

 

Scammer akan memberitahu mangsa bahawa mereka terlibat dalam;

  • Siasatan Jenayah (contoh: pengelakan cukai, pengubahan wang haram, pengedaran dadah, dll)
  • Perbicaraan atau temu janji di mahkamah
  • Bil, pinjaman atau saman yang belum dibayar
  • aktiviti yang mencurigakan dalam akaun bank /kad mereka.
  • Penghantaran bungkusan yang belum sampai atau tidak dituntut.


Tujuan scammer adalah untuk menipu mangsa supaya mereka mendedahkan maklumat peribadi & perbankan mereka seperti butiran akaun / kad kredit & One-Time Password (OTP) / Transaction Authentication Code(TAC).

 

Setelah mangsa mendedahkan butiran ini, scammer boleh mengesahkan OTP / TAC untuk membuat pembelian Internet melalui kad kredit atau memindahkan wang dari akaun mangsa.

 

Petua untuk melindungi diri anda;

  1. Berhati-hati dengan panggilan, mesej atau e-mel daripada pemanggil / pengirim yang tidak dikenali.
  2. JANGAN panik apabila dihubungi oleh pemanggil / pengirim tersebut.
  3. Jangan mendedahkan maklumat kepada pemanggil / pengirim.
  4. Jangan hubungi sebarang nombor/email yang dibagi oleh pemanggil / pengirim tersebut.
  5. Sentiasa semak dengan organisasi tersebut melalui nombor / hubungan rasmi.
  6. Sekiranya anda tidak pasti mengenai panggilan, SMS atau e-mel yang anda terima, atau secara tidak sengaja telah mendedahkan maklumat peribadi atau bank UOB anda, sila maklumkan segera kepada Pusat Perhubungan UOB di talian 03- 26128 121. Anda juga boleh merujuk kepada nombor Pusat Perhubungan kami di belakang Kad UOB anda atau dalam penyata bank.

 

Lindungi diri anda dari menjadi mangsa penipuan pinjaman peribadi

  • Sila ambil perhatian! Tiada sebarang “Yuran Pemprosesan” dikenakan untuk permohonan pinjaman peribadi dari UOB (M) Berhad.
  • JANGAN sesekali memindahkan wang anda kepada akaun orang yang tidak dikenali atau pihak ketiga jika diminta oleh ejen atau kakitangan bank untuk tujuan kos pemprosesan permohonan pinjaman peribadi.

 

Penipu /scammer biasanya akan memperkenalkan diri sebagai ejen atau kakitangan UOB dan memperdayakan mangsa untuk memohon Pinjaman Peribadi United Overseas Bank (Malaysia) Bhd dan seterusnya meminta mangsa untuk memindahkan wang ke dalam akaun peribadi penipu/scammer sebagai yuran pemprosesan.

 

Penipu /scammer juga biasanya akan memberikan kad perniagaan UOB palsu sebagai bukti pengesahan, surat tawaran pinjaman palsu dan cek palsu (kononnya dikeluarkan oleh UOB) sebagai bukti kelulusan pinjaman.

 

 

 

Scammer akan menyamar sebagai anggota E-wallet (BIGPAY, BOOST, Shopee, Lazada, Touch N Go) untuk mendapatkan maklumat kad kredit mangsa & One-Time Password (OTP) / Transaction Authentication Code(TAC) untuk menipu mereka.

 

Scammer akan menghubungi mangsa melalui panggilan telefon, SMS atau e-mel dan memaklumkan bahawa;

  • Mangsa telah memenangi cabutan / pertandingan bertuah dengan hadiah / hadiah wang tunai
  • Mangsa perlu ataupun boleh mengganti / memperbaharui / naik taraf akaun e-dompet mereka
  • Mangsa perlu mengesahkan / mengemas kini maklumat peribadi akaun mereka
  • Akaun e-dompet mangsa disyaki telah ditipu ataupun disalahgunakan.

 


 

Scammer kemudian akan meminta mangsa untuk mendedahkan maklumat Bank mereka seperti nombor akaun / kad kredit dan One-Time Password (OTP) / Transaction Verification Code (TAC) untuk pengesahan.

 

Setelah mangsa mendedahkan maklumat ini, scammer akan dapat mengesahkan OTP / TAC untuk melakukan sebarang pembelian Internet melalui kad kredit mangsa.

 

Petua untuk melindungi diri anda

  • JANGAN tergoda dengan tawaran daripada panggilan, mesej atau e-mel seperti di atas.
  • JANGAN mendedahkan maklumat perbankan (contoh: nombor akaun / kad , OTP / TAC dll) kepada pemanggil / pengirim yang tidak dikenali.
  • SELALU mengesahkan dengan organisasi yang tulen jika anda telah menerima panggilan, mesej atau e-mel seperti itu.
  • Sekiranya anda tidak pasti mengenai panggilan, SMS atau e-mel yang anda terima, atau secara tidak sengaja telah mendedahkan maklumat peribadi atau bank UOB anda, sila maklumkan segera kepada Pusat Perhubungan 24- jam UOB di talian 03- 26128 121. Anda juga boleh mendapatkan nombor Pusat Perhubungan kami di bahagian belakang Kad UOB anda atau di penyata bank.

 

Penipuan Media Sosial

Penipuan Media Sosial

Scammer akan menggunakan platform media sosial yang popular untuk mendapatkan maklumat peribadi & Bank mangsa. 

Show moreShow less

Scammer akan menggunakan platform media sosial yang popular seperti Facebook, Instagram, Whatsapp, Wechat, dll untuk mendapatkan maklumat peribadi & Bank mangsa seperti nombor akaun / kad & One-Time Password (OTP) / Transaction Authentication Code(TAC).

 

Scammer akan menggunakan platform media sosial ini untuk;

  • Menawarkan pekerjaan palsu.
  • Iklankan peraduan / kempen atau skim pelaburan palsu.
  • Mempromosikan aplikasi malware atau laman web pancingan data.
  • Menyamar sebagai rakan / saudara mangsa untuk mendapatkan maklumat perbankan peribadi.

 

Setelah mangsa mendedahkan butiran ini, scammer akan berjaya mengesahkan OTP / TAC untuk melakukan pembelian dalam talian melalui kad kredit mangsa atau memindahkan wang ke akaun scammer.

 

Petua untuk melindungi diri anda;

  • JANGAN tertarik dengan sebarang tawaran / iklan di media sosial.
  • JANGAN mendedahkan maklumat perbankan (contoh; nombor akaun & kad, OTP / TAC dll) kepada orang lain.
  • SELALU mengesahkan dengan organisasi, rakan atau saudara anda sekiranya anda telah menerima mesej-mesej tersebut dari akaun media mereka.
  • Sekiranya anda tidak pasti mengenai panggilan, SMS atau e-mel yang anda terima, atau secara tidak sengaja telah mendedahkan maklumat peribadi atau bank UOB anda, sila maklumkan segera kepada Pusat Perhubungan 24 jam UOB di talian 03- 26128 121. Anda juga boleh mendapatkan nombor Pusat Perhubungan kami di bahagian belakang Kad UOB anda atau di penyata bank.

 

Melindungi kad kredit/debit anda

Bagaimana untuk melindungi kad kredit/debit dan PIN anda

Show moreShow less

Pada masa transaksi

Show moreShow less
  • Pastikan kad & PIN anda selamat dan terjamin sentiasa.
    Pastikan kad dan PIN termasuk tempat kediaman anda selamat dan terjamin pada setiap masa . Jangan tinggalkan kad anda tanpa diawasi.
  • Jangan meminjamkan kad anda kepada sesiapa pun.
    Jangan meminjamkan kad dan PIN anda kepada sesiapa pun kerana kad dan PIN anda adalah semata-mata untuk kegunaan anda sendiri.
  • Jangan lupa kad yang tidak digunakan.
    Memandangkan anda mungkin mempunyai lebih daripada satu kad, jangan lupa untuk menyimpan kad anda yang tidak digunakan di tempat yang selamat.
  • Tandatangan pada kad anda
    Setelah menerima kad anda, tandatangan pada panel tandatangan serta-merta dengan menggunakan pena mata bulat yang tidak boleh dipadamkan.
  • Pakej yang terusik
    Sekiranya pakej tertutup yang mengandungi kad kredit/debit anda telah dirosakkan atau dikompromikan, sila hubungi Pusat Panggilan UOBM dengan segera.
  • Jangan biarkan barang berharga anda di dalam kereta
    Jangan biarkan kad anda dalam dompet atau beg tangan anda tanpa diawasi dalam kereta anda apabila anda berlari, berenang, mendaki, dan lain-lain walaupun kereta anda dikunci atau dilengkapi dengan penggera keselamatan dan terutamanya apabila kereta anda diletakkan di luar kawasan rumah.
  • Musnahkan kad anda dengan betul
    Musnahkan kad anda sewajarnya dengan memotong jalur magnet dan cip sekiranya anda ingin membatalkan kad anda.
  • Hubungi bank
    Jika anda mengesyaki kad anda hilang/dicuri/salah letak, telefon bank dengan segera untuk menetapkan status BERHENTI. Anda boleh menghubungi bank kemudian untuk mengeluarkan status BERHENTI jika anda telah menemui kad anda atau anda boleh meminta bank untuk menyediakan kad gantian setelah anda mengesahkan kad anda hilang atau dicuri.
  • Jangan mengkompromikan PIN anda
    PIN kad kredit /debit anda akan digunakan untuk pembelian secara bersemuka, pengeluaran tunai, pendaftaran Perbankan Peribadi Atas Talian atau penukaran perkataan rahsia. Jangan gunakan PIN yang sama untuk mana-mana laman web parti ketiga selain UOB yang memerlukan PIN kad kredit/debit anda untuk pengesahan. Ini adalah untuk mencegah PIN anda daripada dikompromikan.
  • Semak butiran slip
    Semak butiran pada slip transaksi sebelum menandatangani untuk mencegah sebarang caj yang tidak dibenarkan.
  • Adakah itu kad anda?
    Pastikan bahawa kad kredit/debit anda dikembalikan kepada anda selepas pembelian.
  • Di stesen minyak
    JANGAN LUPA mengambil balik kad kredit/debit anda selepas anda menyelesaikan transaksi di Stesen Minyak Layan Diri.
  • Jangan tinggalkan kad anda
    JANGAN tinggalkan kad kredit/debit anda dengan juruwang di tempat minum (iaitu bar dan pub) untuk bil terbuka, kerana urus niaga yang tidak dibenarkan mungkin berlaku.
  • Berwaspada dalam talian
    Jangan sekali-kali mendedahkan atau memasukkan maklumat kad kredit/debit anda dalam laman web yang tidak selamat.
  • Beri perhatian kepada peringatan SMS bank
    Beri perhatian khusus kepada peringatan SMS transaksi dari bank. Segera laporkan kepada bank apabila anda menerima peringatan SMS untuk transaksi yang tidak dibenarkan oleh anda.
  • Jangan menandatangani slip kosong
    JANGAN menandatangani slip transaksi kosong untuk mengelakkan pembayaran tanpa kebenaran.
  • Musnahkan draf jualan yang rosak
    Memusnahkan sebarang draf jualan yang diubah atau dirosakkan sebelum membuangnya.
  • Gunakan kad secara bertanggungjawab
    Jangan gunakan kad anda untuk sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang
  • Simpan resit anda
    Simpan resit anda dan gunakannya untuk menyemak entri mengikut penyata bank/buku simpanan anda dengan kerap.
  • Berjaga-jaga di mana-mana ATM
    Berjaga-jaga dan berwaspada ketika melakukan transaksi di mana-mana ATM, dan pastikan tidak diganggu oleh orang yang tidak diketahui.
  • Berhati-hati
    Berhati-hati semasa memasukkan PIN anda di hadapan orang lain yang berdekatan dengan ATM.
  • Menghafal PIN anda
    Menghafal PIN anda, dan kemudian musnahkan pemberitahuan PIN.
  • Tukar PIN anda
    Tukar PIN anda secara berkala.
  • Jangan berikan kad anda kepada sesiapa pun
    Jangan sekali-kali memberikan kad anda kepada sesiapa atau membenarkan pihak ketiga untuk berurus niaga bagi pihak anda.
  • Awasi peranti asing
    JANGAN gunakan ATM jika anda melihat peranti luar biasa atau asing yang terlekat pada mesin atau orang yang mencurigakan lepak berhampiran lokasi ATM anda. Laporkan kejadian sedemikian kepada bank dengan segera.
  • Jika kad ditahan oleh ATM
    Jika kad anda ditahan oleh ATM, laporkan segera ke Pusat Panggilan UOBM kami atau kakitangan cawangan kami.
  • Hubungi talian bantuan kami
    JANGAN menerima apa-apa tawaran bantuan untuk ATM dari orang asing. Sekiranya anda memerlukan bantuan, gunakan telefon yang terletak di mesin ATM untuk menghubungi talian bantuan kami.
  • Ingat kad anda
    JANGAN LUPA untuk mengambil balik kad kredit/debit anda setelah anda menyelesaikan transaksi.

Semak penyata bulanan anda & kemas kini maklumat anda

Show moreShow less
  • Semak penyata bulanan anda
    Semak penyata bulanan anda
  • Maklumkan kami butiran hubungan terkini anda
    Beritahu pihak bank sebarang perubahan dalam alamat atau nombor hubungan untuk membolehkan kami menghubungi anda dengan segera untuk mengesahkan transaksi.
  • Ingat nombor Pusat Panggilan UOBM
    Simpan nombor telefon Pusat Panggilan UOBM untuk pelaporan kecemasan seperti kad hilang/dicuri/salah letak atau transaksi yang tidak dibenarkan.
  • Jika maklumat peribadi anda dikompromikan.
    Jika maklumat peribadi anda telah dikompromikan, sila hubungi pihak bank dengan serta-merta.

Kekal Selamat di Atas Talian

Perkataan Rahsia

Apakah Perkataan Rahsia?

Show moreShow less
Cipta

Ciptakan Perkataan Rahsia Anda

Show moreShow less
Perlindungan

Panduan untuk melindungi Perbankan Internet Peribadi anda

Show moreShow less

Perkataan Rahsia merupakan langkah keselamatan tambahan untuk mengesahkan bahawa anda sedang log masuk ke laman Peribadi Internet Peribadi UOB yang sah.

Sebaik sahaja anda telah memasukkan ID Pengguna yang sah, Perkataan Rahsia anda akan dipaparkan. Jika anda tidak melihat Perkataan Rahsia yang anda wujudkan, sama ada anda telah memasukkan ID Pengguna yang salah atau anda telah memasuki laman web palsu.

 

Perkataan Rahsia anda boleh mengandungi:

  • Antara 5 - 25 aksara (termasuk jarak)
  • Aksara alfanumerik, khas yang mengandungi sepenuhnya abjad, nombor atau aksara khas
  • Tiada sekatan pada huruf besar dan huruf kecil
  • Satu jarak antara perkataan dibenarkan
  • Perkataan Rahsia anda tidak boleh bermula atau berakhir dengan ruang

Contoh:

Dibenarkan

Aksara

Tidak Dibenarkan

Aksara

Sebab yang Tidak Dibenarkan

Minions!

8

Tomato

8

Jarak sebelum dan selepas perkataan

!@#$%^&*()

10

!@#$%^&*()!@#$%^&*()!@#$%^&*()

32

Lebih daripada 25 aksara

Ba Ba Black Sheep

18

Kambing hitam

13

Lebih daripada 1 jarak antara perkataan

123456789 9 Saya! 3 Kurang daripada 3 aksara
123+ minions! 13      
elviskingofrocknroll 20      

 

 

  • Wujudkan frasa rahsia yang menarik dan unik yang hanya mempunyai makna kepada anda
  • Jangan gunakan ID Pengguna atau Kata Laluan sebagai Perkataan Rahsia anda
  • Sentiasa pastikan Perkataan Rahsia yang betul dipaparkan sebelum memasukkan kata laluan anda
  • Sahkan Perkataan Rahsia anda sebelum memasukkan kata laluan anda
  • Jangan masukkan kata laluan anda jika Perkataan Rahsia bukan milik anda
  • Jangan masukkan kata laluan anda jika anda tidak melihat perkataan rahsia anda

 

Amalan yang baik untuk melindungi diri anda dalam talian

Show moreShow less

Langkah-langkah untuk mengosongkan sejarah layaran dan cache

Show moreShow less
  1. Wujudkan kata laluan unik yang berbentuk alfanumerik dan tidak mudah diteka. Sebagai contoh, kata laluan yang lemah ialah gabungan nama dan hari jadi anda.
  2. Sentiasa taipkan alamat/alamat URL apabila anda mengunjungi laman web perbankan atau mana-mana akaun Internet anda. Jangan semata-mata klik pada pautan e-mel.
  3. Sekiranya anda log masuk ke laman web yang selamat (iaitu laman web Perbankan Internet), alamat laman web akan berubah dari "http://" to https://. Anda juga harus melihat ikon keselamatan yang merupakan kunci atau kekunci.
  4. Pastikan sistem komputer anda dikemas kini dengan perisian antivirus terkini.
  5. Elakkan menggunakan komputer awam di perpustakaan atau kafe siber untuk keperluan Perbankan Internet anda.
  6. Jangan sekali-kali mendedahkan maklumat peribadi atau kewangan anda dalam e-mel, walaupun penerima merupakan seorang yang rapat dengan anda.
  7. Elakkan perisian yang menyatakan "lengkap secara automatik" pada borang dalam talian anda. Perisian ini memberi peluang kepada penipu untuk mengakses maklumat peribadi dan sensitif anda dengan mudah.
  8. Sentiasa pastikan anda hanya memasukkan TAC untuk transaksi yang dihasratkan oleh anda.
  9. Sentiasa hubungi pihak Bank jika anda menemui apa-apa aktiviti yang luar biasa/mencurigakan dalam akaun anda.
  10. Sentiasa log keluar apabila anda telah selesai sesi perbankan anda dan kosongkan cache anda dengan serta-merta.

 

Untuk Internet Explorer 10 dan atas

  • Pilih 'Tools' di sudut kanan atas.
  • Pilih 'Safety' berikut dengan 'Delete Browsing History'
  • Di kotak 'Delete Browsing History' klik kotak semak:
    • Temporary Internet files
    • Cookies
  • Pastikan 'Preserve Favorites website data' tidak disemak
  • Klik butang 'Delete'.

 

Untuk Google Chrome 50 dan atas

  • Di bar alatan pelayar internet, klik 'More Tools' berikut dengan 'Clear browsing data'
  • Di kotak 'Clear browsing data', klik kotak semak:
    • 'Cookies'
    • 'Other sites'
    • 'Plugin data'
    • 'Cached images and files'
  • Guna menu di atas untuk memilih jumlah data yang ingin dikosongkan. Pilih 'the beginning of time'
  • Klik 'Clear browsing data'

 

Untuk Safari 10 dan atas

  • Pilih 'History' berikut dengan 'Clear history'
  • Di bawah 'clear', pilih 'all history'
  • Klik 'Clear History'

 

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan

Sekiranya anda mempercayai bahawa maklumat perbankan anda terjejas atau terdapat pelanggaran atau transaksi yang tidak sah pada akaun anda, anda harus memberitahu Bank dengan serta-merta dengan menghubungi Pusat Panggilan UOB 24 jam kami.

24-hour UOB Contact Centre

Pusat Talian Khidmat Pelanggan UOB 24 Jam

Kuala Lumpur +6 03-26128 121
Penang +6 04-2401 121
Johor Bahru +6 07-2881 121
Kuching +6 082-287 121
Kota Kinabalu +6 088-477 121

Laporan Kad Kredit UOB/ Penipuan Atas Talian

Laporan Kad Kredit UOB/ Penipuan Atas Talian

Laporan Untuk
• Kehilangan atau
  kecurian kad
• Penipuan Atas
  Talian

+6 03-2612 8100
Lain Lain perihal mengenai Kad Kredit +6 03-2612 8121
UOB Visa Infinite Concierge +6 03-2612 3399

Perbankan Peribadi

Perbankan Peribadi

Privilege Banking

  • Dalam Malaysia
  • Luar Negara

 

1800 889833
+6 03-2612 3312