TERMA DAN SYARAT UOB TMRW - LOG MASUK DENGAN TOUCH SERVICE

  1. UOB TMRW - Log masuk dengan Touch Service ("TMRW App Touch Service") adalah perkhidmatan yang disediakan oleh United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (271809-K) bagi membolehkan anda mengakses TMRW App UOB dengan menggunakan TMRW App Touch Service, tertakluk kepada terma dan syarat yang berikut ("Terma dan Syarat").
  2. Sila baca Terma dan Syarat ini dengan teliti.

  3. Dengan menggunakan TMRW App Touch Service, anda akan dianggap telah bersetuju kepada Terma dan Syarat ini. Jika anda tidak bersetuju dengan Terma dan Syarat ini, anda harus segera menamatkan akses anda ke TMRW App UOB dengan menggunakan TMRW App Touch Service.

  4. Terma dan Syarat ini adalah tambahan kepada dan hendaklah dibaca bersama dengan Terma dan Syarat yang Mentadbirkan Perbankan Internet Peribadi UOB dan Perkhidmatan Mudah Alih UOB ("T&C PIB dan Perkhidmatan Mudah Alih"). Perkataan yang digunakan di dalam Terma dan Syarat ini akan mempunyai makna yang sama dan diiktiraf kepadanya dalam T&C PIB dan Perkhidmatan Mudah Alih.

  5. Sekiranya berlaku apa-apa percanggahan atau ketidaksejajaran antara Terma dan Syarat ini dengan T&C PIB & Perkhidmatan Mudah Alih yang berkaitan dengan TMRW App Touch Service, Terma dan Syarat ini akan dikekalkan.

  6. Kami boleh, pada bila-bila masa menurut budi bicara mutlak kami, mengubah, menambah, memadam atau meminda Terma dan Syarat ini, dengan memberi dua puluh satu (21) hari notis terdahulu kepada anda, sama ada melalui penyata akaun, ePenyata atau melalui pemaparan di TMRW App UOB atau di laman web rasmi kami di www.uob.com.my atau di cawangan kami atau dalam apa-apa cara lain yang dipilih oleh kami.

  7. TMRW App Touch Service adalah sebahagian daripada Perkhidmatan Mudah Alih UOB, yang hanya disediakan untuk Pemegang Akaun yang telah diberi akses kepada Perbankan Internet Peribadi dan/atau perkhidmatan Mudah Alih UOB dan yang menggunakan peranti Apple iPhone iOS 13.0 atau versi berikut Apple iPhone atau Android OS 10.0 atau versi berikut Telefon Android (“Telefon”), untuk mengakses TMRW App UOB.

  8. Telefon mesti ditetapkan dengan ciri pengesahan cap jari pada Telefon anda yang membenarkan anda membuka Telefon anda dengan menggunakan cap jari yang disimpan dalam Telefon anda. Aplikasi TMRW Touch Services mungkin tidak berjalan jika Telefon mengandungi aplikasi yang tidak dibenarkan oleh pemaju telefon.

  9. Untuk mendaftar TMRW App Touch Service, anda perlu melalui satu proses pendaftaran dengan memasukkan ID pengguna dan kata laluan pilihan anda.

  10. Apabila anda telah mendaftar untuk TMRW App Touch Service, anda akan berupaya untuk mengakses TMRW App UOB melalui Telefon anda dengan menggunakan cap jari yang didaftarkan dalam Telefon anda, termasuk akaun anda dengan kami.

  11. Jika seseorang individu selain daripada anda mempunyai cap jarinya didaftarkan dalam Telefon anda, orang tersebut akan berupaya mengakses TMRW App UOB pada Telefon anda, termasuk akaun anda bersama kami.

  12. Anda memahami dan sedar mengenai keperluan untuk mengambil semua langkah munasabah untuk memastikan dan mencegah sebarang penggunaan tidak dibenarkan dan/atau palsu pada Telefon anda pada setiap masa.

  13. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan membenarkan sebarang cap jari yang dimiliki oleh mana-mana individu selain anda daripada didaftarkan dalam Telefon atau untuk membenarkan cap jari sedemikian selain cap jari anda sendiri digunakan untuk mengakses TMRW App UOB pada Telefon anda. Anda juga mengakui bahawa pengesahan dilakukan oleh TMRW App UOB melalui pengantaramukaan dengan modul pengesahan Apple iOS atau Android OS dan anda bersetuju dengan proses pengesahan tersebut.

  14. Anda boleh menyahaktifkan TMRW App Touch Service pada bila-bila masa dengan menggunakan menu navigasi kiri pada bahagian kiri TMRW App UOB sebaik sahaja anda telah log masuk ke TMRW App UOB.

  15. Anda mengakui dan bersetuju bahawa kami tidak membuat jaminan, representasi, waranti atau perjanjian dalam apa-apa bentuk, sama ada secara nyata atau tersirat, berkanun atau sebaliknya, berhubung dengan atau yang timbul daripada penggunaan TMRW App Touch Service atau TMRW App UOB, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

    a.

    sama ada TMRW App Touch Service atau TMRW App UOB akan memenuhi keperluan anda; atau

    b.

    sama ada TMRW App Touch Service atau TMRW App UOB akan sentiasa tersedia, boleh diakses atau berfungsi dengan mana-mana infrastruktur rangkaian, sistem atau perkhidmatan lain sedemikian yang kami mungkin sediakan dari semasa ke semasa.


  16. Sehingga takat maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang dan pengawalan yang digunakan, tanpa menjejaskan apa-apa peruntukan lain di bawah Terma dan Syarat ini, anda bersetuju bahawa kami tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang ganti rugi, kerugian, kos dan perbelanjaan yang anda mungkin alami berhubung dengan TMRW App Touch Service, termasuk ganti rugi, kerugian, kos dan perbelanjaan yang timbul daripada:

    a.

    peruntukan oleh kami dan/atau penggunaan TMRW App Touch Service atau TMRW App UOB oleh anda;

    b.

    sebarang akses dan/atau penggunaan Telefon anda yang tidak dibenarkan;

    c.

    penggunaan dalam apa-apa cara dan/atau untuk apa-apa tujuan oleh mana-mana individu pada bila-bila masa bagi sebarang maklumat atau data:

    i.

    berkaitan anda;

    ii.

    yang dihantar melalui penggunaan TMRW App Touch Service atau TMRW App UOB oleh anda; dan/atau

    iii.

    yang diperoleh melalui penggunaan TMRW App Touch Service atau TMRW App UOB oleh anda;

    d.

    akses kepada TMRW App UOB melalui TMRW App Touch Service oleh sesiapa selain diri anda sendiri;

    e.

    apa-apa keberlakuan kejadian yang tidak berupaya dikawal atau dielak oleh kami dengan menggunakan usaha yang munasabah; dan/atau

    f.

    penggantungan, pembatalan atau penamatan perkhidmatan TMRW App Touch Service atau TMRW App UOB.


  17. Sebagai tambahan dan tanpa menjejaskan apa-apa hak atau remedi lain (dari segi undang-undang atau sebaliknya), anda bersetuju untuk melindungi kami dan tidak menyalahkan kami daripada dan terhadap apa-apa kerugian, ganti rugi, kos dan perbelanjaan yang dialami berhubung dengan:

    a.

    akses dan penggunaan TMRW App Touch Service atau TMRW App UOB oleh anda;

    b.

    sebarang penyalahgunaan atau penggunaan TMRW App Touch Service atau TMRW App UOB yang tidak dibenarkan oleh anda, atau sebarang penyalahgunaan Telefon anda (sama ada dibenarkan oleh anda atau sebaliknya);

    c.

    apa-apa tindakan atau kesilapan oleh mana-mana pihak ketiga (termasuk pembekal mudah alih atau perkhidmatan internet berkenaan);

    d.

    sebarang kelewatan atau kegagalan dalam mana-mana transmisi, penghantaran atau kemudahan komunikasi; atau

    e.

    apa-apa pelanggaran Terma dan Syarat ini oleh anda.


  18. Sehingga takat apa-apa had yang dinyatakan di atas tidak dibenarkan oleh undang-undang, liabiliti kami kepada anda yang timbul daripada atau berhubung dengan penggunaan perkhidmatan TMRW App Touch Service atau TMRW App UOB, sama ada dalam kontrak, tort (termasuk kecuaian atau pelanggaran kewajipan berkanun) atau sebaliknya untuk sebarang dan semua kerugian, ganti rugi atau liabiliti yang disebabkan atau yang timbul daripada atau berhubung dengan penyediaan perkhidmatan TMRW App Touch Service atau TMRW App UOB tidak boleh melebihi yuran dan caj yang kami terima dari anda berhubung dengan penggunaan perkhidmatan TMRW App Touch Service dan TMRW App UOB.

  19. Jika mana-mana peruntukan Terma dan Syarat ini adalah atau menjadi tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, peruntukan yang tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan akan dianggap sebagai tidak dimasukkan di dalam Terma dan Syarat ini; Terma dan Syarat yang selebihnya akan terus berkesan dan berkuat kuasa dan tidak terjejas dalam apa-apa cara oleh peruntukan yang tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan.

  20. Sebarang kegagalan atau kelewatan oleh kami dalam melaksanakan atau menguatkuasakan apa-apa hak kami di bawah Terma dan Syarat ini tidak bermakna sebagai satu pengecualian dan tidak menjejaskan atau mempengaruhi hak kami seterusnya untuk bertindak tegas mengikut hak kami.

  21. Sekiranya kami tidak berupaya untuk mematuhi atau melaksanakan mana-mana Terma dan Syarat ini kerana atau disebabkan oleh peristiwa di luar kawalan kami atau peristiwa yang kami tidak boleh jangka secara munasabah untuk mencegah atau mengelakkan, kami akan dikecualikan daripada melaksanakan Terma dan Syarat ini untuk sepanjang tempoh peristiwa tersebut. Kami tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kelewatan, kerugian, ganti rugi atau kesulitan yang disebabkan atau timbul dari atau berhubung dengan peristiwa tersebut. Contoh peristiwa tersebut termasuk tetapi tidak terhad kepada kerosakan atau kegagalan peralatan, sistem atau pautan transmisi, kebakaran, kebanjiran, letupan, bencana alam, malapetaka, tindakan keganasan, peperangan, kemalangan, wabak penyakit, halang masuk, bekalan elektrik terputus atau gagal, pertikaian atau tindakan buruh, tuntutan atau syarat dari kerajaan.

  22. Terma dan Syarat ini akan ditadbir oleh dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia, dan anda secara muktamad:

    a.

    menyerah kepada bidang kuasa tidak eksklusif mahkamah di Malaysia;

    b.

    mengetepikan sebarang bantahan atas alasan kesesuaian tempat atau forum atau apa-apa alasan yang sama; dan

    c.

    bersetuju kepada penyampaian sebarang dokumen di bawah proses undang-undang dalam apa-apa cara lain yang dibenarkan oleh T&C PIB dan Perkhidmatan Mudah Alihdan/atau apa-apa undang yang digunakan.

TAMAT

 

Copyright © United Overseas Bank (Malaysia) Bhd. (271809-K). All Rights Reserved.