TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR PERKHIDMATAN PERBANKAN INTERNET PERIBADI UOB (Berkuat kuasa dari 28 Julai 2016)
English

Tafsiran

Terma dan ungkapan yang digunakan dalam Terma dan Syarat ini mempunyai makna seperti berikut:-

“Akaun” bermakna sebarang akaun yang dibuka atau dikekalkan dengan kami termasuk, tetapi tidak terhad kepada akaun simpanan/akaun simpanan-i, akaun semasa/ akaun semasa-i, akaun simpanan tetap/ akaun simpanan tetap-i, kad kredit, akaun pinjaman/pembiayaan atau apa-apa akaun lain yang boleh diakses melalui Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi yang mungkin ditentukan oleh kami dari semasa ke semasa.

“Pemegang Akaun” atau “anda” bermakna seorang pemegang akaun untuk Akaun, sama ada secara tunggal atau bersama, yang mana berkenaan dan termasuk wakil peribadi masing-masing.

“Saluran Komunikasi yang Diluluskan” bermakna saluran komunikasi (termasuk tetapi tidak terhad kepada telefon, komputer atau apa-apa cara elektronik yang mungkin diluluskan oleh kami dari semasa ke semasa dan yang memerlukan pengesahan pengenalan atau kebenaran anda untuk sebarang Transaksi yang menggunakan Kod Laluan) yang anda boleh gunakan untuk mengeluarkan Arahan kepada kami.

“ATM” bermakna mesin juruwang automatik kami

“Pihak Ketiga yang Dibenarkan” bermakna mana-mana entiti, syarikat, perbadanan atau institusi yang boleh menawarkan produk, perkhidmatan, kandungan atau maklumat di laman web rasmi kami dari semasa ke semasa.

“Perkhidmatan Pembayaran Bil” bermakna pembayaran bil yang boleh dilakukan oleh anda kepada Syarikat Penerima melalui Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi.

“Cawangan” bermakna cawangan di mana Akaun dibuka dan/atau dikekalkan.

“Hari Perniagaan” bermakna mana-mana hari di mana bank dibuka untuk perniagaan di Kuala Lumpur.

“Pusat Panggilan” bermakna Pusat Panggilan UOB di mana butirannya dinyatakan dalam Klausa 38 di bawah.

“Kad Kredit” bermakna kad kredit yang mungkin dikeluarkan oleh kami kepada anda dari semasa ke semasa.

“Kad Debit” bermakna kad debit yang mungkin dikeluarkan oleh kami kepada anda dari semasa ke semasa.

“ePenyata” bermakna penyata elektronik yang disediakan untuk paparan melalui Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi anda berikutan pendaftaran anda untuk perkhidmatan ePenyata bagi Akaun.

“Perkhidmatan Pemakluman Elektronik” bermakna perkhidmatan yang kami sediakan untuk anda melalui e-mel atau SMS bagi memaklumkan anda mengenai jenis Transaksi tertentu, sebagaimana yang ditentukan oleh Bank pada budi bicara tunggalnya dan untuk menyediakan maklumat perbankan mengenai kadar dan harga produk perbankan yang anda telah melanggan dengan kami atau yang mungkin kami tawarkan kepada anda dari semasa ke semasa.

“Peralatan” bermakna sebarang peralatan, peranti atau medium elektronik, tanpa wayar, komunikasi, transmisi atau telekomunikasi yang bersesuaian termasuk tetapi tidak terhad kepada internet, sebarang komputer, peranti, terminal atau sistem yang mungkin diperlukan untuk mengakses dan menggunakan Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi.

“Kumpulan” bermakna cawangan, agensi, wakil, pegawai, syarikat bergabung, bersekutu atau berkaitan dan pegawai, kakitangan atau agen mereka masing-masing, sama ada di Malaysia atau di tempat lain.

“Arahan” bermakna sebarang arahan yang diberikan oleh anda kepada kami dengan menggunakan Kod Laluan melalui Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi atau melalui mana-mana Saluran Komunikasi yang Diluluskan

“Perkhidmatan JomPAY” bermakna pembayaran bil yang boleh dilakukan oleh anda kepada mana-mana pihak ketiga melalui Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi.

“Had” bermakna jumlah harian maksimum yang anda dibenarkan untuk menjalankan transaksi dari Akaun dengan menggunakan Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi atau jumlah baki di dalam Akaun, yang mana lebih rendah.

“Proses Undang-undang” mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada, mana-mana proses pemula termasuk writ saman dan saman pemula serta apa-apa bentuk proses pemula, rayuan, permohonan interlokutori, afidavit, arahan, penghakiman dan mana-mana dokumen lain yang perlu diserahkan di bawah sebarang undang-undang bertulis dan notis sedemikian di bawah Akta Kebankrapan 1967 dan Kanun Tanah Negara 1965.

“Pembekal Perkhidmatan Rangkaian” bermakna mana-mana pembekal perkhidmatan internet atau pembekal perkhidmatan dalam talian komersial yang menyediakan sambungan ke internet kepada jaringan sejagat (world wide web).

“OTP” bermakna kata laluan sekali yang dihantar melalui SMS ke nombor telefon bimbit anda yang telah didaftar dengan kami.

“Kod Laluan” bermakna kata laluan atau kod yang digunakan untuk mengesahkan identiti anda atau membenarkan sesuatu Transaksi. Kod Laluan termasuk ID Pengguna, kata laluan, nombor pengenalan peribadi, perkataan, ungkapan,OTP, TPIN, ID Akses PIB, Kod Pengesahan Transaksi (TAC) dan kod yang dihasilkan oleh Peranti Keselamatan dan termasuk sebarang kod laluan lain yang kami mungkin keluarkan kepada anda dari semasa ke semasa.

“Syarikat Penerima” bermakna syarikat atau perbadanan yang mempunyai perjanjian terlebih dahulu dengan kami di mana anda dibenarkan untuk melaksanakan apa-apa bil pembayaran yang dikeluarkan oleh syarikat atau perbadanan tersebut melalui Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi.

“Data Peribadi” mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada, nama anda, alamat, pekerjaan, butiran kontak, maklumat yang diperoleh daripada sistem keselamatan (termasuk rakaman imej anda di Televisyen Litar Tertutup (Closed Circuit Television atau CCTV)), maklumat yang terkandung dalam Akaun yang dipegang oleh anda sama ada secara tunggal atau bersama dengan mana-mana individu lain, jenis produk dan/atau perkhidmatan yang anda telah melanggan dengan kami (termasuk Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi dan perkhidmatan ePenyata), sebarang Transaksi dan data lain sedemikian yang diperlukan mengenai diri anda dan transaksi anda dengan kami.

“Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi” bermakna perkhidmatan perbankan internet peribadi dan/atau produk yang kami tawarkan dari semasa ke semasa melalui apa-apa Peralatan yang membolehkan anda mengakses Akaun anda dan/atau melaksanakan perbankan dan/atau Transaksi lain secara elektronik,termasuk tetapi tidak terhad kepada Perkhidmatan Pembayaran Bil, Perkhidmatan JomPAY, Perkhidmatan Pembayaran Berjadual dan Perkhidmatan Pemakluman Elektronik.

“ID Akses PIB” bermakna senarai angka yang dikeluarkan oleh kami atas permintaan anda untuk Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi di Cawangan jika anda tidak mempunyai Kad Debit atau Kad Kredit.

“Peranti Keselamatan” bermaknatoken atau peranti lain yang menghasilkan Kod Laluan.

“SMS” bermakna Perkhidmatan Pesanan Ringkas.

“PIN Internet Sementara atau “TPIN”” bermakna nombor pengenalan peribadi tujuh digit yang dipilih oleh anda melalui permohonan di ATM atau di Cawangan kami atau dihantar kepada anda melalui pos (jika anda memohon melalui pos). Anda akan menggunakan TPIN pada kali pertama anda memasuki Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi.

“Transaksi” bermakna semua transaksi yang dilaksanakan oleh anda dengan menggunakan Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi.

“Kod Pengesahan Transaksi” bermakna digit angka sekali yang kami keluarkan melalui SMS ke nombor telefon bimbit anda yang didaftarkan dengan kami untuk menjalankan transaksi terpilih.

“UOBM”, “kami” atau “kita” bermakna United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (271809-K) dan termasuk semua pengganti hakmilik dan pemegang serah haknya.

“ID Pengguna” bermakna nama yang dipilih atau dicipta oleh anda yang terdiri daripada huruf abjad angka yang mesti dimasukkan untuk membolehkan sistem komputer kami mengenal pasti anda dan Akaun anda.

1. Terma dan Syarat

1.1 Terma dan syarat ini (“Terma dan Syarat”) mentadbir Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi kami dan adalah penting untuk anda membaca dan memahami Terma dan Syarat ini sebelum menggunakan dan mengakses Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi. Jika anda menggunakan dan mengakses Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi, anda dianggap telah membaca, memahami dan menerima Terma dan Syarat ini.
1.2 Terma dan syarat ini perlu dibaca bersama dengan:
 
a) terma dan syarat masing-masing yang mentadbir Akaun, yang boleh didapati di laman web kami di www.uob.com.myatau di mana-mana cawangan kami; dan
b) terma dan syarat yang mentadbir laman web rasmi kami (sila akses dan bacanya di sini).
 

Terma dan syarat yang dinyatakan dalam Klausa 1.2(a) dan (b) di atas akan dirujuk sebagai “Terma Lain”.

1.3 Jika terdapat percanggahan atau ketidaksejajaran antara Terma dan Syarat ini dan Terma Lain, Terma dan Syarat ini akan dikekalkan bagi perkara yang berhubung dengan Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi.
1.4 Rujukan kepada –
 
a) bilangan tunggal juga termasuk jamak, dan sebaliknya;
b) jantina maskulin juga termasuk jantina feminin dan neuter, dan sebaliknya;
c) seseorang termasuk peguam, wasi dan pentadbir beliau, dan Terma dan Syarat ini akan mengikat individu-individu tersebut; dan
d) apabila memperkenalkan sesuatu contoh, “termasuk” atau “sebagai contoh” atau perkataan lain yang sama tidak mengehadkan maksud perkataan bagi contoh-contoh tersebut.

2. Kelayakan

2.1 Anda mesti merupakan seorang Pemegang Akaun berumur lapan belas (18) tahun ke atas sebelum anda memohon untuk mendapatkan Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi.

3. Permohonan untuk Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi

3.1 Jika anda mempunyai Akaun, anda boleh memohon untuk Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi melalui cara-cara berikut:-
 
a) melalui mana-mana ATM kami jika anda mempunyai Kad Debit atau Kad Kredit. Setelah kami meluluskan permohonan anda, anda akan diminta untuk memilih TPIN anda di ATM;
b) melalui mana-mana cawangan kami, dengan mengisi dan menyerahkan borang permohonan yang lengkap. Setelah kami meluluskan permohonan anda, kami akan memberikan ID Akses PIB kepada anda dan anda akan diminta untuk memilih TPIN anda di kaunter cawangan;
c) melalui pos, dengan mengisi dan menghantar borang permohonan yang lengkap kepada Peti Surat 11211, 50738 Kuala Lumpur, Malaysia. Setelah kami meluluskan permohonan anda, kami akan menghantar ID Akses PIB dan TPIN kepada anda melalui pos biasa atau apa-apa cara lain sebagaimana yang ditentukan oleh kami pada budi bicara mutlak kami; dan
d) melalui laman web rasmi kami di www.uob.com.my, dengan mengisi dan menghantar borang permohonan dalam talian. Setelah kami meluluskan permohonan anda, kami akan menghantar OTP melalui SMS ke nombor telefon bimbit anda yang didaftarkan dengan kami.
3.2 Kami tidak bertanggungjawab sekiranya ID Akses PIB dan TPIN gagal sampai kepada anda selepas ia dihantar atau didedahkan kepada mana-mana individu yang tidak dibenarkan semasa dalam penghantaran.
3.3 Kami boleh, pada budi bicara mutlak kami menolak sebarang permohonan Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi tanpa memberikan apa-apa sebab.
3.4 Jika anda mempunyai lebih daripada satu Akaun dengan kami, anda boleh meminta kami untuk mengaitkan Akaun-akaun yang layak untuk dikaitkan, sebagaimana yang kami tentukan pada budi bicara tunggal kami dari semasa ke semasa, kepada Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi anda. Kami boleh, pada budi bicara mutlak kami menolak sebarang permintaan untuk mengaitkan Akaun tanpa memberikan apa-apa sebab.

4. Pemegang Akaun Bersama

4.1

Untuk Akaun bersama yang tidak memerlukan lebih daripada seorang penandatangan, Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi akan disediakan kepada setiap Pemegang Akaun.

4.2 Selepas penerimaan permohonan daripada mana-mana Pemegang Akaun bersama untuk Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi, kami akan mengeluarkan Kod Laluan. Kod Laluanyang diberikan kepada seorang Pemegang Akaun bersama hanya boleh digunakan oleh Pemegang Akaun tersebut.
4.3

Kami berhak untuk bertindak ke atas mana-mana Arahan daripada mana-mana Pemegang Akaun dan setiap Pemegang Akaun akan bertanggungjawab secara bersama dan berasingan bagi semua Transaksi yang dilaksanakan ke atas Akaun bersama melalui Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi.

4.4 Untuk Akaun bersama yang memerlukan lebih daripada seorang penandatangan, Akaun tersebut tidak akan disediakan dalam Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi.

5. Log Masuk Kali Pertama

5.1 Apabila anda log masuk ke Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi untuk kali pertama, anda akan diminta untuk memasukkan nombor Kad Debit atau Kad Kredit anda atau ID Akses PIB yang dikeluarkan oleh kami kepada anda jika anda tidak mempunyai Kad Debit atau Kad Kredit.
5.2 Anda juga perlu memasukkan Kod Laluan (sama ada OTP atau TPIN, yang mana berkenaan) dan nombor pendaftaran kad pengenalan kebangsaan anda (jika anda seorang warganegara Malaysia atau pemastautin) atau nombor pasport anda (jika anda bukan seorang warganegara Malaysia atau pemastautin).
5.3 Sebaik sahaja anda memasukkan maklumat yang diperlukan dengan betul seperti yang dinyatakan dalam Klausa 5.1 dan 5.2 di atas, anda perlu memasukkan ID Pengguna dan kata laluan pilihan anda sebelum meneruskan dengan Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi. Setelah anda menerima pengesahan kami pada skrin untuk ID Pengguna dan kata laluan anda, akses anda kepada Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi akan diaktifkan.
5.4 Untuk akses selanjutnya kepada Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi, anda perlu memasukkan ID Pengguna dan kata laluanpilihan anda.
5.5 Jika anda gagal memasukkan maklumat yang betul, anda tidak dibenarkan untuk mengakses Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi.

6. Terminal Komputer dan Akses Rangkaian

6.1 Anda bertanggungjawab semata-matanya:
 
a) untuk memastikan bahawa Peralatan, terminal komputer dan perisian serta perkakasan yang berkaitan memenuhi keperluan minimum yang ditetapkan oleh kami dari semasa ke semasa; dan
b) untuk pemasangan, penyenggaraan dan keselamatan terminal komputer anda, perisian yang berkaitan (termasuk perisian pelayar internet) dan perkakasan yang digunakan untuk mengakses Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi.
6.2

Akses anda ke laman web rasmi kami dan Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi melalui Pembekal Perkhidmatan Rangkaian adalah tertakluk kepada terma dan syarat Pembekal Perkhidmatan Rangkaian.

7. Kod Laluan dan Peranti Keselamatan

7.1 Anda perlu mengambil segala langkah munasabah untuk memastikan dan mengelak kehilangan, kecurian atau sebarang penggunaan tanpa kebenaran dan/atau penipuan bagi Kod Laluan dan Peranti Keselamatan anda dan memastikan bahawa Peranti Keselamatan dan Kod Laluan semata-matanya berada dalam simpanan anda dan selamat pada setiap masa.
7.2

Anda bersetuju bahawa Kod Laluan anda adalah sulit dan berjanji untuk tidak mendedahkan atau membongkarnya dalam apa-apa cara yang menyebabkan Kod Laluan anda didedahkan atau terbongkar kepada mana-mana individu (termasuk kakitangan kami) melalui panggilan telefon yang tidak diingini, e-mel atau pada mana-mana laman web selain dari laman web rasmi kami di www.uob.com.my atau melalui apa-apa cara lain.Sebarang nasihat mengenai Kod Laluan yang dihantar kepada anda mesti dimusnahkan selepas anda membacanya.

7.3

Anda harus menghafal Kod Laluan anda dan memastikan bahawa tiada rekod bertulis Kod Laluan anda disimpan di mana-mana tempat atau dalam apa-apa cara yang mungkin membolehkan pihak ketiga mengakses atau menggunakan Kod Laluan anda. Anda tidak harus menggunakan Kod Laluan yang umum, seperti enam (6) digit terakhir nombor kad pengenalan, tarikh lahir atau nombor telefon anda. Anda juga perlu memastikan bahawa anda menukar Kod Laluan anda dari semasa ke semasa.

7.4 Anda tidak harus meninggalkan Peranti Keselamatan tanpa diawasi dalam kereta dan/atau di tempat-tempat awam.
7.5 Anda perlu memastikan bahawa anda log keluar daripada Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi sebelum meninggalkan terminal komputer anda.
7.6 Anda tidak boleh merakam Kod Laluan anda dalam apa-apa perisian yang mengekalkannya secara automatik (seperti skrin komputer yang meminta atau mempunyai ciri ‘menyimpan kata laluan’ atau sebagainya dalam pelayar internet anda). Anda juga perlu memastikan bahawa alat elektronik anda yang termasuk tetapi tidak terhad kepada komputer peribadi, telefon pintar, tablet, komputer buku dan komputer riba tidak menyimpan dan merekodkan Kod Laluan anda secara automatik.
7.7 Anda bersetuju bahawa kegagalan untuk mematuhi syarat ini boleh mendedahkan anda kepada risiko kecurian atau penggunaan tanpa kebenaran bagi Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi untuk mengakses Akaun anda, di mana anda akan bertanggungjawab untuk semua Transaksi yang dilakukan ke atas Akaun melalui Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi, sama ada Transaksi sedemikian dilakukan dengan pengetahuan atau kebenaran anda atau sebaliknya.
7.8

Jika anda mengesyaki atau menyedari bahawa–

 
a) seseorang yang tidak dibenarkan mengetahui Kod Laluan anda; atau
b) terdapat akses tanpa kebenaran untuk Akaun anda, atau penggunaan Kod Laluan atau Peranti Keselamatan anda melalui Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi; atau
c) Peranti Keselamatan anda hilang atau dicuri; atau
d) terdapat Transaksi tanpa kebenaran;
  anda mesti menukar Kod Laluan sedia ada dengan serta-merta atau meminta Kod Laluan baru, yang mana berkenaan. Anda juga mesti memaklumkan kami di Pusat Panggilan sebaik sahaja anda berbuat demikian dan mematuhi keperluan yang dinyatakan dalam Klausa 19.1 dan 19.2 Terma dan Syarat ini. Anda juga perlu memberi apa-apa maklumat berkaitan dan bantuan sewajarnya dalam penyiasatan perkara tersebut.
7.9 Anda akan bertanggungjawab untuk apa-apa transaksi tanpa kebenaran yang berlaku yang dikaitkan kepada Kod Laluan dan/atau Peranti Keselamatan yang hilang, dicuri atau disalahgunakan, kecuali anda telah memaklumkan kami mengikut Klausa 19.1 dan 19.2 atau anda tidak melakukan penipuan.
7.10 Untuk apa-apa Peranti Keselamatan yang dikeluarkan oleh kami, atas permintaan anda, kami boleh (tetapi tidak diwajibkan) untuk mengganti Peranti Keselamatan berikutan kehilangan atau kecuriannya. Anda perlu membayar fi penggantian untuk setiap penggantian Peranti Keselamatan.
7.11 Tanpa menghiraukan apa-apa yang dinyatakan dalam Klausa 7 ini, kami boleh menyahaktifkan atau membatalkan penggunaan Kod Laluan anda pada bila-bila masa.

8. Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi

8.1

Rangkaian perkhidmatan dalam Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi yang disediakan di laman web rasmi kami boleh diubah oleh kami dari semasa ke semasa pada budi bicara tunggal kami.

8.2 Apabila kami menawarkan perkhidmatan baru atau tambahan, penerimaan anda mengikut cara yang kami tetapkan dan penggunaan perkhidmatan baru atau tambahan tersebut adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat ini dan apa-apa terma dan syarat tambahan (jika ada) sebagaimana yang kami mungkin tetapkan dari semasa ke semasa.
8.3 Kami mungkin pada bila-bila masa:-
 
a) menukar waktu operasi atau tempoh masa penyediaan Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi;
b) menetapkan atau menukar cara penggunaan Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi;
c) mengehadkan, membatalkan atau menggantung operasi Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi atau sebahagian daripadanya; atau
d) menggantung operasi Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi buat sementara waktu untuk apa-apa kerja pengemaskinian, peningkatan, penyenggaraan atau penambahbaikan. Jika Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi tidak disediakan, anda bersetuju untuk menjalankan transaksi anda di mana-mana cawangan kami atau menggunakan perkhidmatan perbankan alternatif lain yang disediakan kepada anda.
8.4 Kami akan menggunakan segala usaha munasabah bagi memastikan bahawa Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi disediakan sepanjang waktu yang ditetapkan tetapi kami tidak boleh menjamin bahawa ia akan disediakan dan tidak terganggu pada setiap masa.
8.5 Jika anda menerima data atau maklumat yang bukan ditujukan kepada anda melalui Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi, anda perlu memaklumkan kami dengan serta-merta melalui telefon atau e-mel (butiran seperti yang dinyatakan dalam Klausa 38 di bawah) dan memadam yang sama.

9. Perkhidmatan Pembayaran Bil

9.1 Anda boleh menggunakan Perkhidmatan Pembayaran Bil untuk melakukan pembayaran bil tertunggak anda dengan Syarikat Penerima.
9.2 Setiap Syarikat Penerima mungkin mempunyai prosedur dan terma masing-masing bagi penyelesaian bil mereka. Anda bersetuju untuk mematuhi prosedur dan terma tersebut serta apa-apa perubahan yang mungkin dikuatkuasakan dari semasa ke semasa.
9.3 Anda bertanggungjawab untuk menyelesaikan bil anda sepenuhnya dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh Syarikat Penerima.
9.4 Akaun anda akan didebitkan dengan serta-merta apabila kami menerima Arahan daripada anda untuk melaksanakanpembayaran kepada Syarikat Penerima dipilih melalui Perkhidmatan Pembayaran Bil.
9.5 Anda perlu memastikan bahawa maklumat dan butiran anda dan juga Syarikat Penerima yang dipilih oleh anda untuk Perkhidmatan Pembayaran Bil adalah tepat dan lengkap. Anda boleh mengemas kini maklumat dan butiran anda dan juga Syarikat Penerima melalui Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi.
9.6

Kami tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kerugian atau ganti rugi yang ditanggung oleh anda akibat daripada:-

 
a) apa-apa kelewatan dalam pemindahan dana daripada Akaun anda kepada Syarikat Penerima;
b) apa-apa kelewatan dalam pemprosesan bayaran oleh Syarikat Penerima; atau
c) apa-apa kesilapan dalam pemprosesan bayaran oleh Syarikat Penerima.
9.7 Jika anda bercadang untuk menamatkan penggunaan Perkhidmatan Pembayaran Bil, anda perlu menyatakan penamatan tersebut melalui Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi.
9.8

Kami mungkin dari semasa ke semasa dengan pemberian notis terlebih dahulu untuk meminda senarai Syarikat Penerima atau mengubah skop atau menarik balik Perkhidmatan Pembayaran Bil secara keseluruhan atau sebahagian dan kami tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, ganti rugi atau perbelanjaan yang mungkin dialami oleh anda atau mana-mana pihak ketiga akibat tindakan sedemikian oleh kami.


10. Perkhidmatan JomPAY

10.1 Anda boleh menggunakan Perkhidmatan JomPAY untuk melakukanpembayaran bil tertunggak anda dengan mana-mana pihak ketiga seperti yang ditentukan oleh Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn Bhd (MyClear).
10.2 MyClear mungkin mempunyai prosedur dan terma masing-masing untuk penggunaan Perkhidmatan JomPAY. Anda bersetuju untuk mematuhi prosedur dan terma sedemikian dan apa-apa perubahan sebagaimana yang mungkin dikuatkuasakan dari semasa ke semasa.
10.3 Anda bertanggungjawab untuk membayar bil anda sepenuhnya dalam tempoh masa yang ditetapkan.
10.4 Akaun Anda akan didebitkan dengan serta-merta apabila kami menerima Arahan daripada anda untuk melaksanakan bayaran kepada pihak ketiga melalui Perkhidmatan JomPAY.
10.5 Anda perlu memastikan bahawa maklumat dan butiran anda serta penerima pihak ketiga yang dipilih oleh anda untuk Perkhidmatan JomPAY adalah tepat dan lengkap. Anda boleh mengemas kini maklumat dan butiran anda serta pihak ketiga melalui Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi.
10.6 Kami tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kerugian atau ganti rugi yang ditanggung oleh anda akibat daripada:-
 
a) apa-apa kelewatan dalam pemindahan dana dari Akaun anda kepada pihak ketiga;
b) apa-apa kelewatan dalam pemprosesan bayaran oleh MyClear atau pihak ketiga; atau
c) apa-apa kesilapan dalam pemprosesan bayaran oleh MyClear atau pihak ketiga.
10.7 Jika anda bercadang untuk menamatkan penggunaan Perkhidmatan JomPAY, anda boleh menyatakan penamatan sedemikian melalui Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi.

11. Perkhidmatan Pembayaran Berjadual

11.1 Anda boleh menggunakan Perkhidmatan Pembayaran Berjadual untuk melakukan pembayaran berjadual dan/atau pemindahan dana secara berulang pada tempoh berkala sedemikian yang boleh dipilih oleh anda (“Pembayaran Berjadual”) melalui Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi dari salah satu daripada Akaun anda kepada mana-mana Akaun lain yang dikekalkan oleh kami atau mana-mana bank atau institusi kewangan lain (sama ada akaun tersebut dikekalkan dalam nama anda atau mana-mana pihak ketiga) atau kepada mana-mana Syarikat Penerima, sebagaimana yang ditentukan oleh kami pada budi bicara tunggal dan mutlak kami.
11.2 Tertakluk kepada Klausa 13 di bawah, ataspenerimaan Arahan anda, kami akan berusaha untuk memproses dan melaksanakan Pembayaran Berjadual pada tarikh Pembayaran Berjadual tersebut perlu dilaksanakan (“Tarikh Pembayaran Berjadual”). Anda boleh cuba membatalkan dan/atau menarik balik Arahan anda untuk sebarang Pembayaran Berjadual sebelum Tarikh Pembayaran Berjadual.
11.3 Kami berhak menolak pelaksanaan apa-apaArahan untuk sebarang Pembayaran Berjadual pada bila-bila masa sebelum Tarikh Pembayaran Berjadual pada budi bicara kami melalui pemberian notis kepada anda. Jika kami menerima Arahan daripada anda bahawa Pembayaran Berjadual yang masih belum dilaksanakan tidak lagi diperlukan, kami berhak menganggap bahawa Arahan awal anda untuk melaksanakan Pembayaran Berjadual tersebut telah dibatalkan atau ditarik balik.
11.4

Bagi mengelakkan keraguan, sehingga masa di mana kami telah dimaklumkan dengan sewajarnya mengenai kematian atau kebankrapan anda, kami berhak menjalankan atau terus menjalankan dan melaksanakan Arahan anda untuk Pembayaran Berjadual sedemikian.

11.5 Kami akan mengenakan caj untuk melaksanakan setiap Pembayaran Berjadual dan caj sedemikian akan didebitkan dari Akaun anda pada setiap Tarikh Pembayaran Berjadual yang berkaitan. Caj tersebut tidak akan dikembalikan tanpa mengira Pembayaran Berjadual telah berjaya dilaksanakan atau dibatalkan atau ditarik balik atau sebaliknya.
11.6

Jika apa-apa Pembayaran Berjadual tidak dilaksanakan akibat kekurangan dana dalam Akaun anda, anda bertanggungjawab untuk melakukan pengaturan lain untuk membayar atau memindahkan dana sewajarnya. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang akibat yang anda mungkin alami jika anda gagal dan/atau tidak melakukan pengaturan lain sedemikian.

11.7 Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerugian atau ganti rugi yang ditanggung oleh anda akibat daripada:-
 
a) apa-apa kelewatan dalam Pembayaran Berjadual;
b) apa-apa kelewatan dalam pemprosesan bayaran oleh penerima pihak ketiga; atau
c) apa-apa kesilapan dalam pemprosesan Pembayaran Berjadual.

12. Perkhidmatan Pemakluman Elektronik

12.1 Perkhidmatan Pemakluman Elektronik adalah perkhidmatan yang disediakan kepada anda di mana anda boleh meminta untuk mendapatkan peringatan khusus dan tepat pada masanya serta maklumat perbankan lain yang disediakan oleh kami kepada anda (“Pemakluman”).Pemaklumanini akan dihantar melalui e-mel atau SMS kepada anda atau dalam apa-apa cara lain yang kami mungkin tentukan dari semasa ke semasa.
12.2 Untuk menerima Pemakluman tersebut, anda mesti mempunyai akses kepada internet (melalui Pembekal Perkhidmatan Rangkaian anda sendiri) atau perkhidmatan telekomunikasi atau mudah alih dari pembekal perkhidmatan berlesen yang berkenaan di Malaysia.
12.3 Anda mesti mengakses Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi untuk memilih jenis Pemaklumanyang anda ingin terima dan cara Pemaklumantersebut dihantar kepada anda.
12.4 Jika anda meminta penghantaran Pemakluman dilakukan melalui SMS, anda mungkin perlu membayar caj bagi setiap PemaklumanSMS. Anda bersetuju untuk membenarkan kami mendebitkan caj sedemikian daripada Akaun yang dipilih oleh anda (apabila anda meminta Perkhidmatan Pemakluman Elektronik) untuk setiap PemaklumanSMS yang dikeluarkan pada permintaan anda.
12.5 Anda mengakui dan menerima bahawa Pemakluman yang dihantar kepada anda sebagaimana yang diminta oleh anda di bawah Perkhidmatan Pemakluman Elektronik mungkin tidak dienkripsikan dan terdapat risiko bahawa kandungan Pemakluman (yang mungkin mengandungi maklumat berkenaan dengan Akaun anda) yang dihantar kepada anda boleh dilihat oleh orang lain yang mungkin dibenarkan atau tidak dibenarkan oleh anda untuk melihat Pemakluman tersebut. Anda bersetuju bahawa anda akan mengambil segala langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan sebarangpendedahan tanpa kebenaran bagi Pemakluman tersebut dan kami tidak akan bertanggungjawab dalam apa-apa cara untuk sebarang pendedahan tanpa kebenaran bagi Pemakluman tersebut.
12.6 Anda sedar bahawa penyediaanPerkhidmatan Pemakluman Elektronikdan Pemakluman oleh kami bergantung kepada khidmat Pembekal Perkhidmatan Rangkaian dan pembekal perkhidmatan berlesen masing-masing anda. Kami tidak akan bertanggungjawab dalam apa-apa cara untuk sebarang kerugian atau ganti rugiyang anda mungkin alami atau tanggung yang timbul daripada kegagalan penghantaran, kelewatan atau kesilapan dalam penghantaran Pemakluman tersebut atau ketidaktepatan dalam kandungan Pemakluman yang disebabkan oleh Pembekal Perkhidmatan Rangkaian dan perkhidmatan berlesen masing-masing.
12.7 Kami berhak untuk tidak bertindak ke atas sebarang Arahan berkenaan dengan Perkhidmatan Pemakluman Elektronik dan untuk mengubah ciri-ciri dan/atau ketersediaan Perkhidmatan Pemakluman Elektronik dari semasa ke semasa pada budi bicara mutlak kami.

13. Arahan

13.1 Semua Arahan yang diberikan atau Transaksi yang dilaksanakan melalui Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi dengan penggunaan Kod Laluan dan Peranti Keselamatan anda adalah muktamad dan akan mengikat anda.
13.2

Kami akan melaksanakan Arahan yang diberikan oleh anda mengikut amalan perbankanstandard kami. Jika kami menerima Arahan anda selepas masa yang tertentu atau tarikh akhir yang ditetapkan bagi Transaksi tertentu(mengikut amalan perbankan standard kami), Arahan tersebut mungkin akan dilaksanakan pada Hari Perniagaan yang berikutnya.

13.3

Anda perlu memastikan bahawa Arahan yang diberi kepada kami adalah lengkap, tepat dan betuldan anda bertanggungjawab untuk sebarangTransaksi yang dilaksanakan oleh kami menurut Arahan anda.
13.4 Kami berhak untuk bergantung pada dan bertindak ke atas apa-apa Arahan dan tidak bertanggungjawab kepada anda dalam apa-apa cara untuk bertindak dengan niat baik ke atas mana-mana Arahan tersebut walaupun ia kemudiannya menunjukkan bahawa ia tidak diberikan oleh anda, atau untuk apa-apa kesilapan, maklumat tidak lengkap atau salah faham bagi Arahan yang diberikan.
13.5 Kami berhak mendebitkan Akaun anda dengan serta-merta selepas sebarang Transaksi dilengkapkan.
13.6 Kami boleh pada bila-bila masa pada budi bicara tunggal kami, tidak bertindak ke atas apa-apa Arahan atau sebahagian daripadanya atau menolak untuk melaksanakan apa-apa Arahan sedemikian, jika:-
 
a) kami mempunyai sebarang keraguan mengenai kesahihan, kejelasan atau kesempurnaan Arahan;
b) bentuk atau kandungan Arahan tersebut tidak selaras dengan keperluan atau polisi atau amalan sebagaimana yang kami tetapkan dari semasa ke semasa;
c) kami mempercayai atau mengesyaki bahawa Arahan tersebut adalah tidak dibenarkan atau palsu;
d) anda tidak mematuhi Terma dan Syarat ini atau terdapat pelanggaran dalam Terma dan Syarat ini; atau
e) kami menganggap sesuai dalam keadaan tersebut;
 

dan kami tidak bertanggungjawab kepada anda untuk sebarang kerugian, liabiliti atau perbelanjaan yang timbul daripada penolakan atau keengganan kami untuk bertindak.

13.7 Anda bersetuju untuk melindungi kami dan tetap melindungi kami sepenuhnya pada setiap masa terhadap sebarang tuntutan, permintaan, tindakan, prosiding, kerugian dan perbelanjaan (termasuk kos guaman atas dasar indemniti penuh) yang timbul dalam apa-apa cara sekalipun daripada tindakan kami ke atas Arahan anda, atau jika kami anggap sesuai, keengganan bertindak ke atas Arahan anda atau sebahagian daripadanya.

14. Transaksi dan Had

14.1

Sebelum memberi apa-apa Arahan kepada kamiuntuk melaksanakan sebarang Transaksi melalui Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi, anda perlu memastikan terdapat dana yang mencukupi dalam Akaun untuk melaksanakan Transaksi.

14.2 Anda tidak boleh menggunakan atau cuba menggunakan Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi untuk melaksanakan sebarang Transaksi, terutamanya pembayaran atau pemindahan dana tertentu dari mana-mana Akaun kecuali terdapat baki yang mencukupi dalam Akaun berkenaan.
14.3 Kami boleh, pada budi bicara mutlak kami memerlukan anda pada bila-bila masa untuk menetapkan Had ke atas Transaksi harian anda dalam Ringgit Malaysia dan anda tidak boleh menggunakan Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi untuk melaksanakan sebarangTransaksi yang melebihi Had tersebut. Had yang ditetapkan oleh anda tidak boleh melebihi Had yang ditentukan oleh kami dari semasa ke semasa pada budi bicara tunggal kami.
14.4 Kami boleh pada bila-bila masa pada budi bicara tunggal kami, menolakpelaksanaan sebarangTransaksi jika:-
 
a) terdapat kesilapan, kerosakan, kegagalan atau gangguan dalam sistem atau Peralatan untuk apa-apa sebab di luar kawalan kami atau atas apa-apa sebab;
b) terdapat kesilapan di pihak kami;
c) dana sedia ada tidak mencukupi dalam Akaun berkenaan;
d) dengan melaksanakan Transaksi, baki dalam Akaun adalah kurang daripada baki minimum yang perlu dikekalkan untuk Akaun sebagaimana yang diperuntukkan di bawah terma dan syarat yang mentadbir Akaun masing-masing; dan
e) anda cuba melaksanakan suatu Transaksi yang melebihi Had.
14.5 Tanpa mengambil kira Klausa 14.4 di atas, kami boleh menolak untuk melaksanakan apa-apa Transaksi yang dilakukan oleh anda melalui Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi untuk apa-apa sebab yang kami anggap sesuai.

15. Rekod Transaksi

15.1 Transaksi yang belum dilaksanakan tidak akan dinyatakan dalam sejarah transaksi Akaun berkenaan yang anda boleh rujuk melalui Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi. Butiran yang dinyatakan dalam sejarah transaksi yang boleh dibaca melalui Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi adalah tidak muktamad bagi transaksi dan baki Akaun berkenaan.
15.2 Rekod kami untuk mana-mana Arahan, komunikasi, operasi dan Transaksi yang telah dilaksanakan melalui Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi oleh anda melalui penggunaan Kod Laluan atau Peranti Keselamatan anda akan mengikat dan adalah muktamad ke atas anda untuk semua tujuan sekalipun termasuk tujuansebarang prosiding undang-undang.
15.3 Anda perlu memastikan bahawa anda memantau Akaun dan baki di dalamnya secara berkala apabila menggunakan Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi.
15.4 Anda perlu memaklumkan kami dengan serta-merta mengenai sebarang ketidaktepatan atau ketidakteraturan dalam mana-mana Akaun.

16. ePenyata

16.1

Jika anda berjaya mendaftar untuk perkhidmatan ePenyata kami, Terma dan Syarat untuk Perkhidmatan ePenyata akan digunakan dan akan mengikat anda. Anda boleh membaca Terma dan Syarat untuk Perkhidmatan ePenyata di www.uob.com.my.

16.2 ePenyata untuk Akaun yang didaftarkan akan disediakan untuk paparan selama tempoh enam (6) bulan daripadatarikh yang dinyatakan pada ePenyata masing-masing (“Tarikh ePenyata”), atau apa-apa tempoh lain sedemikian yang kami tentukan pada budi bicara tunggal dan mutlak kami.
16.3

Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk memasang perisian yang sesuai seperti Acrobat Reader yang diperlukan untuk membaca ePenyata.

16.4

ePenyata akan dianggaptelah dihantar pada tarikh ePenyata disediakan untuk paparan melalui Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi dan ePenyata akan dianggap telah dihantar dan diterima oleh anda.

16.5

Anda bertanggungjawab untuk membaca dan meneliti ePenyata dengan serta-merta dan tepat pada masanya apabila anda menerima e-mel atau pemberitahuan SMS (yang mana berkenaan) daripada kami memaklumkan anda bahawa ePenyata telah disediakan untuk paparan.

16.6 Jika anda mendapati sesuatu kesilapan dalam ePenyata atau terdapat sebarang Transaksi tanpa kebenaran dalam Akaun anda seperti yang dinyatakan dalam ePenyata, anda mesti memaklumkan kami secara bertulis dalam tempoh masa berkenaan yang dinyatakan dalam terma dan syarat yang mentadbir Akaun dan anda mesti memberi kami sebarang maklumat berkaitan dan bantuan munasabah yang diperlukan daripada anda dalam penyiasatan perkara tersebut.

17. Fi, Caj dan Hak untuk Mendebit

17.1

Anda bersetuju untuk membayar dan membenarkan kami mendebit daripada Akaun, pada bila-bila masa tanpa memaklumkan anda terlebih dahulu, semua fi, caj, faedah, cukai, duti atau levi yang ditanggung berhubung dengan penggunaan Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi, serta semua kos guaman, caj dan perbelanjaan yang kami mungkin tanggung dalam penguatkuasaan atau percubaan untukpenguatkuasaan Terma dan Syarat ini.

17.2 Anda bertanggungjawab untuk membayar sebarang cukai barangan dan perkhidmatan atau cukai atau levi lain yang, pada tarikh permohonanuntuk menggunakan Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadiatau pada mana-mana tarikh selepas permohonan untuk menggunakan Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi, diperlukan oleh undang-undang (termasuk Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan 2014) atau peraturan, garis panduan, keputusan atau arahan yang dikeluarkan di bawah undang-undang tersebut (dan akan termasuk apa-apa pindaan yang dilakukan kepada sebarang undang-undang, peraturan, garis panduan, keputusan atau arahan sedemikian) untuk dibayar kepada mana-mana perbadanan atau pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa ke atas kami, berhubung dengan sebarang fi dan caj yang dikenakan atau ditanggung oleh kami berhubung dengan Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi. Kecuali dinyatakan sebaliknya oleh kami pada bila-bila masa, sebarang fi dan caj yang dimaklumkan kepada anda adalah termasuk sebarang cukai barangan dan perkhidmatan yang berkaitan pada kadar semasa. Di mana kami telah menyatakan sebaliknya, anda bertanggungjawab untuk membayar cukai barangan dan perkhidmatan yang berkaitan sebagai tambahan kepada fi dan caj kami.
17.3 Sebarang cukai barangan dan perkhidmatan atau cukai atau levi lain yang ditanggung oleh kami berhubung dengan penggunaan Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi dan apa-apa barangan atau perkhidmatan yang disediakan di bawah Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi akan ditanggung oleh dan dikenakan kepada anda. Jika kami melaksanakan sebarangpembayaran bagi pihak anda, anda bertanggungjawab untuk membayar balik amaun sedemikian yang dibayar kepada kami.
17.4 Anda mesti membayar fi dan/atau caj yang dikenakan pada bila-bila masa oleh kami atau mana-mana pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa ke atas kami untuk penggunaan Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi dan fi dan caj sedemikian boleh dipinda dari semasa ke semasa termasuk tetapi tidak terhad kepada bayaran untuk pemindahan dana, cukai, duti, levi dan apa-apa caj perkhidmatan lain yang kami anggap sesuai. Kadar semasa untuk fi dan caj akan disediakan untuk anda di mana-mana cawangan kami, laman web rasmi kami di www.uob.com.my atau atas permintaan anda.

18. Transaksi yang Menyalahi Undang-undang

18.1

Anda tidak boleh menggunakan Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi untuk sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang. Sekiranya kami mendapati, mengesyaki atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi anda telah digunakan untuk sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang, kami boleh mengambil sebarangtindakan yang kami anggap sesuai dalam usaha kami untuk memenuhi sebarang kewajipan atau keperluan di Malaysia atau di tempat lain di dunia berhubung dengan pencegahan atau apa-apa aktiviti yang menyalahi undang-undang termasuk tetapi tidak terhad kepada penipuan, pengubahan wang haram, aktiviti pengganas, sogokan, rasuah atau pengelakan cukai atau penguatkuasaan apa-apa sekatan ekonomi atau perdagangan. Tindakan yang kami mungkin ambil termasuk menggantung atau menamatkan penggunaan Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi dengan serta-merta, membuat laporan dan mengambil tindakan sedemikian yang kami anggap wajar pada budi bicara mutlak kami.

19. Liabiliti Anda untuk Kehilangan atau Kecurian Peranti Keselamatan, Pendedahan Kod Laluan Anda kepada Mana-Mana Individu atau Penggunaan Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi Tanpa Kebenaran

19.1

Anda bersetuju dan berjanji untuk mengambil semua langkah berjaga-jaga dan berwaspadadengan sewajarnya bagi mengelakkan kehilangan atau kecurian Peranti Keselamatan, pendedahan Kod Laluan anda atau penggunaan Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi tanpa kebenaran. Jika mana-mana kejadian di atas berlaku, anda mesti memaklumkan Pusat Panggilan kami atau mana-mana cawangan kami sebaik sahaja ia munasabah untuk berbuat demikian. Anda memahami bahawa kegagalan untuk menjaga dan mengambil semua langkah berwaspada yang sewajarnya untuk melindungi Peranti Keselamatan atau Kod Laluan anda boleh mendedahkan anda kepada kecurian dan/atau penggunaan Perkhidmatan Perbankan Internet Peribaditanpa kebenaran.

19.2 Anda mesti mengambil tindakan susulan selepas pemakluman anda dalam Klausa 19.1 dengan pengesahan bertulis dan penyerahan apa-apa dokumen yang diperlukan oleh kami termasuk tetapi tidak terhad kepada salinan laporan polis yang difailkan berhubung dengan kehilangan atau kecurian Kad Debit, Peranti Keselamatan dan/atau pendedahanKod Laluan anda dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh kehilangan/kecurian dan/atau pendedahan tersebut.
19.3 Semua caj yang timbul daripada Transaksi yang dilaksanakan ke atas Akaun, sama ada dibenarkan atau tidak, akan dianggap telah dilakukan oleh anda. Anda akan terus bertanggungjawab ke atas semua Transaksi yang dilaksanakan ke atas Akaunserta semua caj berhubung dengan Transaksi sedemikian kecuali:
 
a) anda telah melaporkan apa-apa kehilangan, kecurian atau penggunaan tanpa kebenaran bagi Peranti Keselamatan, Kod Laluan dan/atau Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadikepada Pusat Panggilan atau mana-mana cawangan kami sebaik sahaja ia munasabah untuk berbuat demikian apabila anda menyedari kehilangan atau kecurian atau penggunaan tanpa kebenaran masing-masing;
b) anda tidak melakukan penipuan;
c) anda tidak mendedahkan Kod Laluan dengan sengaja kepada mana-mana individu, sama ada melalui e-mel atau panggilan yang tidak diminta atau pada mana-mana laman web selain dari laman web rasmi kami atau sebaliknya;
d) anda telah mengambil langkah-langkah munasabah untuk menjaga Peranti Keselamatan dan/atau Kod Laluan dengan selamat pada setiap masa;
 

dan rekod kami untuk apa-apa Transaksi yang dilaksanakan ke atas Akaun melaluiPerkhidmatan Perbankan Internet Peribadi adalah muktamad dan akan mengikat anda.

19.4 Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, anda akan kekal bertanggungjawab untuk sebarang Transaksi yang dilaksanakan melalui penggunaan Peranti Keselamatan atau Kod Laluan yang hilang atau dicuri, termasuk Transaksi yang dilaksanakan tetapi belum dimasukkan ke dalam Akaun, dan sebarang arahan tetap yang dilakukan oleh anda untuk melaksanakan pembayaran kepada Syarikat Penerima atau mana-mana pihak ketiga yang lain.

20. Penafian

20.1 Dengan menggunakan Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi, anda mengakui dan bersetuju:-
 
a) untuk menerima risiko yang wujud berkaitan dengan pelaksanaan Transaksi melalui internet;
b) bahawa kami dan Pihak Ketiga yang Dibenarkan tidak melakukan sebarang perwakilan atau jaminan sama ada secara nyata atau tersirat berhubung dengan Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi;
c) di mana kami menyediakan pautan hiperteks ke laman web internet pihak ketiga, pautan tersebut tidak merupakan pengendorsan daripada kami untuk mana-mana produk atau perkhidmatan di laman web sedemikian. Keputusan anda untuk menggunakan pautan tersebut dilakukan sepenuhnya pada risiko anda sendiri dan kami tidak akan dipertanggungjawabkan atau bertanggungjawab untuk kandungan, penggunaan atau ketersediaan laman web sedemikian. Anda bersetuju bahawa kami tidak perlu mengesahkan ketepatan atau kebenaran kandungan laman web sedemikian; dan
d) tiada apa-apa dalam laman web rasmi kami boleh dianggap sebagai permintaan atau tawaran, atau cadangan, untuk memperoleh atau melupuskan sebarang pelaburan atau untuk memasuki transaksi lain, atau untuk memberikan apa-apa nasihat pelaburan atau perkhidmatan.
20.2 Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang dan peraturan yang berkenaan, tanpa menjejaskan apa-apa peruntukan lain di bawah Terma dan Syarat ini, kami (dan juga mana-mana pengarah, pegawai dan kakitangan kami) tidak bertanggungjawab untuk sebarangganti rugi, kerugian, kos dan perbelanjaan yang timbul daripada atau berhubung dengan Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi, atau penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan Perkhidmatan Perbankan InternetPeribadi, atau berhubung dengan apa-apa kesilapan, peninggalan, kerosakan, virus komputer atau kegagalan sistem.
20.3 Tanpa mengehadkan keluasan makna Klausa 20.2 di atas, kami tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan untuk apa-apa kerugian, ganti rugi atau rasa malu yang ditanggung atau dialami oleh anda atau mana-mana pihak ketiga yang disebabkan oleh atau yang timbul daripada:-
 
a) kegagalan anda untuk memberi Arahan yang tepat, lengkap dan tepat pada masanya kepada kami di bawah Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi atau kegagalan anda untuk mematuhi Terma dan Syarat ini;
b) ketidakupayaan anda untuk melaksanakan sebarang Transaksi yang disebabkan oleh had yang ditetapkan oleh kami dari semasa ke semasa pada budi bicara tunggal kami;
c) sebarang kesilapan, pindaan atau pemusnahan Arahan, data atau maklumat kepada atau daripada kami melalui Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi dan internet;
d) sebarang pencerobohan atau serangan oleh mana-mana individu atau pihak lain terhadap apa-apa perkakasan, perisian atau sistem yang digunakan berhubung dengan Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi atau dalam internet termasuk tetapi tidak terhad kepada virus, kuda trojan, cecacing dan/atau makro atau komponen berbahaya lain atau peranti pelumpuh yang mungkin menggantung, mengganggu atau melumpuhkan Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi atau mana-mana bahagiannya;
e) sebarang sekatan atau larangan terhadap penggunaan Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi oleh sebarang undang-undang atau peraturan mana-mana negara dari mana anda mengakses Perkhidmatan Perbankan Peribadi Internet;
f) ketidakcukupan dana dalam mana-mana Akaun anda;
g) sebarang kerugian atau ganti rugi yang disebabkan oleh Peralatan, pembekal pelayar internet atau oleh Pembekal Perkhidmatan Rangkaian atau agen atau subkontraktor mereka;
h) sebarang kerosakan atau kepincangan tugas pada mana-mana Peralatan, sistem atau perisian yang digunakan berhubung dengan Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi, sama ada ia milik kami atau sebaliknya, termasuk tetapi tidak terhad kepada mana-mana terminal elektronik, pelayan atau sistem, peranti telekomunikasi, sambungan, bekalan elektrik, bekalan kuasa, telekomunikasi atau rangkaian komunikasi atau sistem lain atau mana-mana bahagian sistem pemindahan dana elektronik;
i) kegagalan anda untuk mematuhi arahan, prosedur dan perintah terkini untuk penggunaan Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi; atau
j) kerosakan atau kehilangan sebarang data atau arahan atau semasa penghantaran untuknya sama ada melalui Perkhidmatan Perbankan Peribadi Internet atau sebaliknya digunakan oleh kami atau mana-mana pihak ketiga yang lain sama ada ia berhubung dengan Akaun anda atau Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi atau sebaliknya.

21. Indemniti

21.1 Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang dan peraturan yang berkenaan, anda akan melindungi kami dan semua pekerja, kakitangan, penama, pengarah dan agen kami untuk semua kerugian, kos, ganti rugi, rasa malu, tuntutan dan perbelanjaan, termasuk fi dan kos guaman (pada dasar indemniti), walau bagaimana sekalipun yang dialami atau ditanggung oleh kami (selain daripada apa-apa kerugian, kos atau ganti rugi yang timbul daripada salah laku yang disengajakan oleh kakitangan dan agen kami) termasuk, tetapi tidak terhad kepada:-
 
a) kami bertindak atau menjalankan apa-apa Arahan yang dikatakan telah diberikan kepada kami menurut Terma dan Syarat ini sama ada Arahan tersebut tidak sah, tidak tepat atau tidak lengkap atau sebaliknya;
b) berhubung dengan pengekalan atau penguatkuasaan hak kami di bawah Terma dan Syarat ini atau akibat sebarang ketidakpatuhan Terma dan Syarat ini atau apa-apa terma dan syarat berkenaan yang lain oleh anda;
c) berhubung dengan sebarang tindakan yang diambil oleh mana-mana pihak terhadap anda atau mana-mana Transaksi atau mana-mana Akaun untuk apa-apa sebab sekalipuntermasuk tetapi tidak terhad kepada apa-apa penggunaan Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi atau Akaun yang menyalahi undang-undang, palsu, cuai atau tidak sah;
d) berhubung dengan apa-apa penglibatan kami dalam sebarang prosiding dalam apa-apa bentuk sekalipun untuk melindungi atau berkaitan dengan Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi atau Akaun atau Transaksi;
e) berhubung dengan pematuhan kami kepada sebarang undang-undang atau peraturan atau arahan rasmi sedia ada atau masa hadapan berhubung dengan mana-mana Terma dan Syarat;
f) yang timbul daripada atau berkaitan dengan Terma dan Syarat ini; dan
g) yang timbul daripada atau berkaitan dengan sebarang undang-undang atau peraturan pencukaian mana-mana negara yang mempunyai bidang kuasa ke atas kami.

22. Penamatan

22.1 Kami mungkin, pada budi bicara tunggal dan muktamad kami, dengan pemberian notis terlebih dahulu, menyekat, menggantung atau menamatkan akses anda kepada Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi atau mana-mana bahagian perkhidmatan, tanpa diwajibkan untuk memberi apa-apa sebab untuk yang sama.
22.2 Kami mungkin, pada budi bicara tunggal dan muktamad kami, menggantung atau menamatkan akses anda kepada Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi jika:-
 
a) anda tidak lagi mengekalkan sebarang Akaun dengan kami; atau
b) anda tidak mengakses Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi untuk suatu tempoh masa sebagaimana yang kami tentukan pada budi bicara mutlak kami.
22.3 Anda boleh menamatkan akses kepada Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi pada bila-bila masa dengan mengisi borang yang disediakan oleh kami di mana-mana cawangan kami dan menyerahkan borang yang lengkap kepada mana-mana cawangan kami atau poskan kepada Peti Surat 11211, 50738 Kuala Lumpur, Malaysia.
22.4 Selepas anda menyerahkan borang untuk menamatkan akses anda kepada Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi, anda masih bertanggungjawab untuk apa-apa Transaksi (sama ada sebelum atau selepas penamatan akses anda kepada Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi), termasuk Transaksi yang dilaksanakan tetapi masih belum dimasukkan ke dalam Akaun, dan apa-apa arahan tetap yang anda lakukanbagi melaksanakan pembayaran kepada Syarikat Penerima atau mana-mana pihak ketiga lain. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk membatalkan mana-mana Arahan sedia ada sebelum atau selepas penamatan akses anda kepada Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi.

23. Permintaan Maklumat

23.1 Anda mesti menyediakan dan mendedahkan kepada kami dalam masa yang kami tetapkan, sebarang penyata, maklumat dan penjelasan berhubung dengan Akaun dan Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi yang kami anggap perlu untuk:-
 
a) mematuhi undang-undang atau sekatan Malaysia atau mana-mana negara lain (termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berkaitan dengan pengubahan wang haram atau anti-keganasan); dan/atau
b) menguruskan risiko pengubahan wang haram atau risiko pembiayaan keganasan atau risiko sekatan ekonomi dan perdagangan.
23.2 Sementara kami menunggu penerimaan maklumat daripada anda dan sehingga kami mengesahkan maklumat tersebut pada kepuasan kami, kami tidak diwajibkan untuk meneruskan sebarang Transaksi atau menyediakan anda denganPerkhidmatan Perbankan Internet Peribadi.
23.3 Anda mengaku dan berjanji kepada kami bahawa pemprosesan apa-apaTransaksi tidak akan melanggar sebarang undang-undang atau sekatan di Malaysia atau di mana-mana negara lain. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang timbul daripada apa-apa kelewatan atau kegagalan untuk memproses sebarangTransaksi yang disebabkan oleh ketidakcukupanmaklumat dan dokumentasi yang disediakan oleh anda.

24. Pendedahan

24.1 Anda bersetuju dan membenarkan kami (termasuk pegawai, kakitangan, agen atau mana-mana individu lain yang dibenarkan oleh kami untuk mengakses rekod kami, surat-menyurat atau sebarang bahan berhubung dengan anda atau penggunaan Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi oleh anda) boleh mendedahkan pada bila-bila masa pada budi bicara mutlak kami tanpa memaklumkan anda, sebarang maklumat berkaitan dengan anda atau penggunaan Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi oleh anda, kepada pihak berikut:-
 
a) mana-mana satu atau lebih dari satu ahli Kumpulan, untuk apa-apa tujuan berikut:-
 
i) menyediakan anda dengan perkhidmatan perbankan;
ii) pelaporan;
iii) pemadanan data;
iv) meningkat dan melanjutkan penyediaan perkhidmatan lain oleh kami kepada anda;
v) pencegahan penipuan atau jenayah;
vi) menyiasat, mencegah atau sebaliknya berhubung dengan pengubahan wang haram atau apa-apa aktiviti jenayah lain;
vii) kutipan hutang;
viii) khidmat sumber luar;
ix) pelaksanaan tugas sebagai seorang pegawai Bank atau berkaitan dengan pengauditan atau menjalankan pengurusan risiko;
x) memudahkan pelaksanaan tugas kami atau mana-mana fungsi ahli Kumpulan;
xi) pematuhan pada polisi, garis panduan, arahan atau keperluan Kumpulan;
xii) pelaksanaan peraturan korporat;
xIii) sebarang proses undang-undang yang dimulakan oleh atau dilaksanakan ke atas kami;
b) mana-mana peniaga atau pertubuhan yang menerima kad debit, kad kredit, mana-mana bank atau institusi kewangan lain, Persatuan Perkhidmatan Antarabangsa VISA/MASTERCARD International Inc atau penggantinya, mana-mana ahli Persatuan Perkhidmatan Antarabangsa VISA dan/atau KAD MASTERCARD International Inc dan/atau mana-mana pihak lain yang berminat untuk memudahkan penggunaan kad kredit atau pemprosesan sebarang transaksi yang dilaksanakan atau penyiasatan dalam apa-apa bentuk yang perlu dilakukan;
c) mana-mana individu untuk atau berkaitan dengan sebarang tindakan atau prosiding yang diambil untuk mendapatkan kembali wang terhutang dan perlu dibayar oleh anda kepada kami di bawah Terma dan Syarat ini
d) mana-mana individu, sama ada di Malaysia atau di tempat lain, yang menyediakan perkhidmatan elektronik atau perkhidmatan lain kepada kami untuk tujuan menyediakan, mengemas kini, menyenggarakan dan mempertingkatkan perkhidmatan tersebut, termasuk tetapi tidak terhad kepada siasatan percanggahan, kesilapan atau tuntutan;
e) mana-mana individu, sama ada di Malaysia atau di tempat lain, yang dilantik oleh kami untuk tujuan menjalankan atau berkaitan dengan pelaksanaan perkhidmatan atau fungsi operasi yang telah menggunakan khidmat pakar luar;
f) pihak polis atau mana-mana pegawai awam yang menjalankan suatu penyiasatan berkaitan dengan sebarang kesalahan termasuk kesalahan yang disyaki;
g) syarikat kad kredit dan institusi kewangan yang berkaitan dengan pertanyaan kad kredit;
h) bank, institusi kewangan, biro kredit atau agen rujukan kredit yang lain (hanya untuk maklumat kredit);
i) juruaudit, peguam cara dan penasihat profesional kami;
j) pencetak alat tulis kami, vendor sistem komputer yang kami gunakan, dan individu sedemikian yang memasang dan menyenggarakannya, serta pembekal barangan atau pembekal perkhidmatan lain yang dilantik oleh kami;
k) mana-mana biro kredit di mana kami adalah ahli, dan mana-mana ahli dan/atau jawatankuasa pematuhan biro kredit sedemikian;
l) mana-mana agensi penarafan, rakan kongsi perikatan perniagaan, pembekal insurans atau broker insurans atau penyedia perlindungan kredit secara langsung atau tidak langsung;
m) mana-mana peserta atau sub-peserta sebenar atau berpotensi berhubung dengan sebarang tanggungjawab kami di bawah perjanjian perbankan di antara kami dan anda, atau pemegang serah hak, novatee atau penerima pindahan (atau mana-mana pegawai, kakitangan, agen atau penasihat) untuk mana-mana daripada mereka;
n) untuk transaksi yang dilaksanakan atau diproseskan dengan atau tanpa kebenaran anda dalam atau melalui mesin juruwang automatik bank atau institusi kewangan atau bukan kewangan lain atau terminal atau mesin atau peranti dikendalikan kad lain yang diluluskan oleh kami, kepada bank, institusi kewangan atau bukan kewangan, pedagang atau pihak lain yang menerima penggunaan kad dan agen atau kontraktor mereka masing-masing;
o) mana-mana mahkamah, tribunal atau pihak berkuasa, sama ada kerajaan atau separa-kerajaan yang mempunyai bidang kuasa ke atas kami atau mana-mana ahli Kumpulan;
p) mana-mana individu di mana kami, atau mana-mana ahli Kumpulan, dibenarkan atau diperlukan untuk melakukan pendedahan di bawah undang-undang mana-mana negara;
q) mana-mana individu lain di mana pendedahan sedemikian dianggap sebagai untuk kepentingan kami, atau kepentingan mana-mana ahli Kumpulan (tidak termasuk perkongsian strategik untuk tujuan pemasaran dan promosi); dan
r) mana-mana individu yang berkaitan dengan penguatkuasaan atau pengekalan mana-mana hak kami di bawah Terma dan Syarat ini.
24.2 Klausa 24.1 akan terus wujud selepas penamatan Terma dan Syarat ini.

25. Pematuhan pada Perintah Mahkamah

25.1 Kami dan Kumpulan boleh bertindak dalam apa-apa cara yang kami anggap sesuai, tanpa berunding dengan anda terlebih dahulu, jika kami dikemukakan dengan perintah mahkamah yang dikeluarkan oleh mahkamah dari mana-mana bidang kuasa. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan mempertanggungjawabkan kami untuk sebarang kerugian atau ganti rugi berhubung dengan tindakan kami.

26. Perlindungan Data

26.1 Anda dengan ini mengesahkan bahawa anda telah menerima, membaca, memahami dan bersetuju untuk diikat oleh Notis Privasi yang dikeluarkan oleh kami (yang disediakan di cawangan kami serta laman web kami di www.uob.com.my) dan klausa di dalam Terma dan Syarat ini yang mungkin berkaitan dengan pemprosesan Data Peribadi anda. Bagi mengelakkan keraguan, anda bersetuju bahawa Notis Privasi tersebut akan dianggap telah dimasukkan sebagai rujukan dalam Terma dan Syarat ini.
26.2 Anda membenarkan dan bersetuju bahawa kami boleh memindahkan Data Peribadi ke luar Malaysia. Semua Data Peribadi yang dipegang oleh kami dan Kumpulan akan diberi tahap perlindungan yang wajar terhadap sebarang kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses tanpa kebenaran atau tidak sengaja atau pendedahan, pengubahan atau pemotongan.
26.3 Jika anda memberi Data Peribadi yang berkaitan dengan pihak ketiga, termasuk data yang berkaitan dengan keluarga terdekat dan tanggungan anda, bagi tujuan pembukaan atau pengendalian Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi dengan kami atau sebaliknya untuk melanggan produk dan perkhidmatan kami, anda:
 
a) mengesahkan bahawa anda telah mendapatkan persetujuan mereka atau sebaliknya berhak untuk menyediakan data ini kepada kami dan untuk kegunaan kami selaras dengan Terma dan Syarat ini;
b) berjanji bahawa anda telah memaklumkan pihak ketiga sedemikian untuk membaca Notis Privasi di laman web kami di www.uob.com.my;
c) telah memaklumkan pihak ketiga tersebut:-
 
i) bahawa kami mungkin mengutip atau mengesahkan data peribadi dan kewangan mereka dengan sumber pihak ketiga;
ii) bahawa kami mungkin mendedahkan data peribadi mereka kepada golongan pihak ketiga yang dinyatakan dalam Notis Privasi kami;
d) bersetuju untuk memastikan bahawa data peribadi dan kewangan pihak ketiga tersebut adalah tepat;
e) bersetuju untuk mengemas kini secara bertulis jika terdapat sebarang perubahan ketara kepada data peribadi dan kewangan tersebut;
f) bersetuju kepada hak kami untuk menamatkan Terma dan Syarat ini jika persetujuan ditarik balik oleh pihak ketiga tersebut.
26.4 Di mana anda mengarahkan kami untuk melaksanakan sebarang bentuk transaksi merentas sempadan (termasuk untuk melakukan atau menerima pembayaran), butiran mengenai transaksi merentas sempadan tersebut (termasuk data berkenaan dengan pihak yang terlibat dalam transaksi tersebut) mungkin diterima daripada atau dihantar ke luar negara, di mana ia mungkin diakses oleh pengawal selia dan pihak berkuasa luar negara berhubung dengan kewajipan sah mereka (contohnya, pencegahan jenayah). Dengan mengarahkan kami dan/atau agen kami untuk melaksanakan sebarang transaksi merentas sempadan bagi pihak anda, anda bersetuju kepada pendedahan yang dinyatakan di atas bagi pihak anda serta pihak lain yang terlibat dalam transaksi merentas sempadan tersebut.
26.5 Sebagai tambahan, tetapi sentiasa tertakluk kepada sebarang undang-undang (termasuk peraturan, garis panduan dan/atau kewajipan) yang digunakan oleh kami dan Kumpulan (sama ada di dalam atau di luar Malaysia), anda bersetuju bahawa kami dan Kumpulan, serta pedagang dan rakan kongsi strategik kami mungkin akan menghubungi anda mengenai produk, perkhidmatan dan tawaran, yang kami percaya mungkin dapat menarik atau memanfaatkan anda dari segi kewangan. Walaupun dengan apa-apa yang dinyatakan di atas, kami hanya akan mendedahkan Data Peribadi anda (tidak termasuk data berhubung dengan hal ehwal anda atau Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi) kepada pedagang dan rakan kongsi strategik kami selepas persetujuan jelas diperolehi terlebih dahulu daripada anda.
26.6 Anda boleh memilih untuk tidak menerima apa-apa bahan pemasaran langsung daripada kami dan Kumpulan dengan menulis kepada kami di ‘Perkhidmatan Kewangan Peribadi, Peti Surat 13525, Menara UOB, Jalan Raja Laut, 50738 Kuala Lumpur’ (atau alamat lain sedemikian yang dimaklumkan oleh kami) dengan permintaan anda dan kami akan mematuhi arahan bertulis terkini anda kepada kami.
26.7 Anda mengakui bahawa komunikasi tertentu seperti penyata akaun dan laman web kami mengandungi maklumat standard mengenai produk dan perkhidmatan lain kami yang tidak boleh dikeluarkan tanpa menjejaskan penghantaran/penyediaan perkhidmatan dan/atau produk kami, operasi Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi dan/atau kemudahan dengan kami, dan/atau tanpa mengenakan kos tambahan kepada anda.
26.8 Anda berhak untuk meminta secara bertulis:
 
a) sebarang maklumat berhubung dengan Data Peribadi anda yang dipegang atau disimpan oleh kami, selepas pembayaran fi yang ditetapkan;
b) sebarang maklumat yang dipegang atau disimpan oleh kami untuk dikemaskinikan, dipinda dan/atau dibetulkan;
c) untuk kami mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda yang dipegang atau disimpan oleh kami; atau
d) untuk membuat pertanyaan atau aduan berhubung dengan pemprosesan Data Peribadi anda.
 

Untuk permintaan di bawah (a) atau (b), anda boleh melakukan permintaan melalui Borang Permintaan Akses Data atau Borang Permintaan Pembetulan Data kami masing-masing. Borang-borang ini boleh didapati di cawangan kami serta di laman web kami di www.uob.com.my.

Anda boleh mengarahkan semua permintaan anda ke mana-mana cawangan kami atau ke ‘Pengurusan Komunikasi Pelanggan, Peti Surat 11212, Jalan Raja Laut, 50738 Kuala Lumpur’.

Kami mungkin mengenakan fi untuk memproses permintaan anda untuk mendapat akses atau melakukan pembetulan. Kami juga mungkin tidak akan mematuhi permintaan anda berhubung dengan (a) atau (b) di atas jika maklumat yang anda bekalkan tidak mencukupi (sebagaimana yang kami tentukan) atau jika permintaan sedemikian mungkin memungkiri atau melanggar sebarang undang-undang atau pengawalan atau apa-apa sebab lain yang kami anggap bukan untuk kepentingan kami untuk berbuat demikian.
Jika kami tidak mematuhi permintaan sedemikian, kami akan memaklumkan anda mengenainya dan sebab kami berbuat demikian.

26.9 Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa maklumat yang anda bekalkan kepada kami adalah tepat, lengkap dan tidak mengelirukan dan bahawa maklumat tersebut sentiasa dikemaskinikan.
26.10 Sila dimaklumkan bahawa jika anda kemudiannya menarik balik persetujuan anda untuk memproses Data Peribadi anda seperti yang diberikan sebelum ini kepada kami, kami tidak akan dapat memproses dan/atau mendedahkan Data Peribadi anda berhubung dengan tujuan yang dinyatakan dalam Notis Privasi, dengan itu, kami berhak untuk tidak menyediakan atau tidak meneruskan penyediaan mana-mana produk, perkhidmatan, Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi dan/atau kemudahan yang dikaitkan kepada Data Peribadi sedemikian.
26.11 Kami berhak untuk meminda klausa ini dari semasa ke semasa pada budi bicara tunggal kami dan akan memberi notis bertulis terlebih dahulu kepada anda dan memaparkan sebarang pindaan sedemikian pada laman web kami atau dengan memaparkan notis di dewan perbankan atau di lokasi utama dalam cawangan kami atau melalui cara komunikasi lain sedemikian yang dianggap sesuai oleh kami.
26.12

Klausa ini tidak akan menjejaskan mana-mana klausa lain dalam Terma dan Syarat ini yang menyediakan peruntukan mengenai pendedahan data.

27. Pindaan kepada Terma dan Syarat ini

27.1 Kami boleh, pada bila-bila masa pada budi bicara mutlak kami, mengubah, menambah, memotong atau meminda Terma dan Syarat ini berhubung dengan Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi, fi atau caj atau caj pengendalian dengan memberikan anda notis dua puluh satu (21) hari terlebih dahulu, sama ada melalui penyata akaun anda, ePenyata atau melalui pemaparan di laman web rasmi kami di www.uob.com.myatau dalam apa-apa cara lain yang kami pilih.
27.2 Jika anda tidak menerima pindaan tersebut, anda mesti menamatkan Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh pemakluman, jika tidak, anda akan dianggap telah menerima dan bersetuju dengan perubahan tersebut dan perubahan tersebut akan mengikat anda.
27.3 Kami boleh, pada bila-bila masa pada budi bicara mutlak kami, meminda, mengubah, menyemak semula, menyekat, menambah, menggantung, membatalkan atau menarik balik semua atau mana-mana kemudahan, perkhidmatan, manfaat dan keistimewaan Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi dengan memberikan notis terlebih dahulu kepada anda.

28. Notis dan Komunikasi

28.1 Kami boleh, pada budi bicara mutlak kami, menghantar sebarang nasihat, notis atau komunikasi kepada anda dalam apa-apa cara seperti berikut:-
 
a) mel elektronik ke alamat terakhir e-mel anda yang terdapat dalam rekod kami;
b) pos (berdaftar, berdaftar Akuan Terima, biasaatau sebaliknya) atau dihantar dengan tangan atau ditinggalkan di alamat terakhir yang terdapat dalam rekod kami;
c) pemaparan notis di Cawangan;
d) untuk membuat pertanyaan atau aduan berhubung dengan pemprosesan Data Peribadi anda.
e) dengan cara pengiklanan atau peletakan notis am dalam surat khabar harian;
f) siaran radio atau televisyen atau mana-mana bentuk komunikasi media lain;
g) faksimile ke nombor faksimile terakhir anda yang terdapat dalam rekod kami;
h) SMS ke nombor telefon bimbit terakhir anda yang terdapat dalam rekod kami.
28.2 Notis atau komunikasi tersebut akan dianggap telah diterima oleh anda pada hari ia dihantar, pada hari berikutan pengeposan atau pada hari pemaparan, penerbitan atau penyiaran tersebut dilakukan.
28.3 Kami tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa yang mungkin berlaku kepada notis atau komunikasi selepas ia dihantar, contohnya, jika sebarang notis atau komunikasi ditangguhkan, dipintas, hilang, gagal untuk diterima atau didedahkan kepada mana-mana individu semasa transit.
28.4 Perubahan dalam butiran kontak:-
 
a) Anda bersetuju untuk memaklumkan kami dengan serta-merta mengenai sebarang perubahan dalam surat-menyurat/mel atau alamat kediaman dan maklumat kontak anda (“Maklumat”).
b) Jika anda tidak memaklumkan kami mengenai sebarang perubahan dalam Maklumat anda, anda bersetuju bahawa kami boleh pada budi bicara mutlak kami, bergantung pada:-
 
i) apa-apa alamat dan/atau maklumat kontak yang dinyatakan dalam borang permohonan atau seperti yang dinyatakan di dalam rekod kami; atau
ii) apa-apa alamat dan/atau maklumat kontak yang kami perolehi daripada mana-mana komunikasi yang dikatakan telah dikeluarkan oleh anda kepada kami.
c) Apa-apa kegagalan anda untuk memaklumkan kami mengenai perubahan dalam Maklumat anda yang menyebabkan kelewatan atau tiada penghantaran sebarang penyata akaun, ePenyata, surat-menyurat dan/atau notis tidak akan menjejaskan hak dan kelayakan kami di bawah Terma dan Syarat ini.

29. Penyimpanan Rekod Anda

29.1 Anda bersetuju bahawa kami tidak diwajibkan untuk mengekalkan apa-apa rekod anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada borang permohonan, dokumen Transaksi, penyata akaun, surat-menyurat atau dokumen yang diberikan kepada kami oleh anda atau mana-mana pihak ketiga lain, yang melebihi sebarang tempoh pengekalan seperti yang dinyatakan di dalam polisi dalaman, garis panduan dan prosedur kami dan/atau sebagaimana yang diperuntukkan di bawah sebarang undang-undang atau peraturan yang digunakan di mana-mana negara yang mempunyai bidang kuasa ke atas kami.

30. Perkhidmatan proses Undang-undang

30.1

Sebagai tambahan kepada dan bukan penggantian untuk sebarang kaedah perkhidmatan yang mungkin dibenarkan atau ditetapkan oleh sebarang undang-undang bertulis yang berkuatkuasa pada masa ini, sebarang perkhidmatan Proses Undang-undang oleh atau bagi pihak kami dapat dilaksanakan ke atas anda:
 
a) dengan meninggalkan satu salinan di alamat yang dinyatakan dalam borang permohonan atau apa-apa komunikasi yang dikatakan telah dikeluarkan oleh anda kepada kami atau yang terakhir diketahui oleh kami dan ia akan dianggap sebagai telah diterima oleh anda pada hari ia ditinggalkan di alamat tersebut; atau
b) dengan menghantar satu salinan melalui pos prabayar berdaftar atau pos biasa ke alamat yang dinyatakan dalam borang permohonan atau dalam apa-apa komunikasi yang dikatakan telah dikeluarkan oleh anda kepada kami atau yang terakhir diketahui oleh kami dan ia akan dianggap sebagai telah diterima oleh anda pada hari ketiga (ke-3) (termasuk hari pengeposan) dari tarikh ia diposkan, walaupun ia tidak dapat dihantar atau dikembalikan.

31. Keadaan Di Luar Kawalan Kami

31.1

Jika kami tidak dapat melaksanakan mana-mana tanggungjawab kami di bawah Terma dan Syarat ini,atau menjalankan sebarang operasi atau menyediakan apa-apa perkhidmatan atas apa-apa sebab di luar kawalan kami, termasuk:-
 
a) kebakaran, gempa bumi, banjir, epidemik, malapetaka semula jadi, kemalangan, kerusuhan, kekacauan awam, pertikaian industri, tindakan keganasan, embargo, peperangan, bencana alam;
b) sebarang kegagalan atau gangguan telekomunikasi, internet, bekalan elektrik, air, bahan api; atau
c) sebarang keadaan dalam bentuk force majeure (sesuatu peristiwa tidak diduga yang menghalang kami daripada melaksanakan tanggungjawab kami di bawah Terma dan Syarat ini),
  kami tidak akan bertanggungjawab dalam apa-apa cara sekalipun untuk sebarang kegagalan pelaksanaan atau untuk apa-apa kesulitan, kerugian, kecederaan dan ganti rugi yang dialami atau ditanggung oleh anda secara langsung atau tidak langsung akibat daripadanya.

32. Penepian

32.1

Kegagalan untuk menjalankan, atau kelewatan dalam menjalankan, apa-apa hak, kuasa, keistimewaan atau remedi oleh kami tidak akan dianggap sebagai penepian, mahupun pelaksanaan tunggal atau sebahagian daripada mana-mana hak, kuasa, keistimewaan atau remedi lain. Hak dan remedi dalam Terma dan Syarat ini adalah kumulatif dan tidak eksklusif untuk apa-apa hak atau remedi yang diperuntukkan oleh undang-undang.

33. Kebolehasingan

33.1

Ketidaksahanatau tiada penguakuatkuasaan mana-mana peruntukan tidak akan menjejaskan tujuan dasar Terma dan Syarat ini, dan peruntukan yang tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan akan diasingkan, dan tidak akan menjejaskan kesahan atau penguatkuasaan terma dan peruntukan lain, yang akan kekal berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya.

34. Pengekalan Hak dan Kelayakan

34.1

Hak dan kelayakan kami di bawah Terma dan Syarat ini akan terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya, dan akan terus kekalwalaupun dengan sebarang pembatalan, penarikan balik atau penggantungan penggunaan Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi.

35. Perubahan dalam Perlembagaan

35.1

Terma dan Syarat ini akan terus sah dan mengikat untuk semua tujuan, walaupun terdapat perubahan dalam perlembagaan kami atau pada kematian anda.

36. Penyerahan Hak

36.1

Kami boleh pada bila-bila masa dan tanpa persetujuan anda menyerahkan semua atau mana-mana hak, hak milik dan kepentingan kami di bawah Terma dan Syarat ini kepada mana-mana individu atau perbadanan. Anda tidak boleh menyerahkan apa-apa hak dan kewajipan anda di bawah Terma dan Syarat ini.

37. Undang-undang

37.1

Terma dan Syarat ini akan ditadbir oleh dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang Malaysia, dan anda secara muktamad -
 
a) menyerah kepada bidang kuasa tidak eksklusif mahkamah di Malaysia;
b) mengetepikan sebarang bantahan atas alasan kesesuaian tempat atau forum yang tidak sesuai atau apa-apa alasan lain yang sama; dan
c) bersetuju dengan perkhidmatan Proses Undang-undang dalam apa-apa cara lain yang dibenarkan oleh Terma dan Syarat ini dan/atau sebarang undang-undang berkenaan.
37.2 Penggunaan Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi di luar Malaysia adalah tertakluk kepada undang-undang dan peraturan Malaysia dan negara di mana Transaksi tersebut dilaksanakan atau diminta. Anda bertanggungjawab untuk mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkenaan.
37.3 Penyediaan Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi oleh kami kepada anda tidak boleh dianggap sebagai penyediaan perkhidmatan dan kemudahan perbankan di luar Malaysia.

38. Penyelesaian Pertikaian

38.1

Jika anda mempunyai sebarang aduan atau pertikaian, sila nyatakan jenis aduan atau pertikaian anda dan rujuk perkara tersebut kepada:-
  UOB Call Centre
PO Box 11212
50738 Kuala Lumpur
  E-mail : uobcustomerservice@uob.com.my
 
Tel    : + 603 - 26128 121 (Kuala Lumpur)
: + 604 - 2401 121 (Penang)
: + 607 - 2881 121 (Johor)
: + 6082 - 287 121 (Kuching)
: + 6088 - 477 121 (Kota Kinabalu)